Home » » » Diet melampau selebriti terkenal luar negara

Diet melampau selebriti terkenal luar negara

Diet melampau selebriti terkenal luar negara

Adriana Lima - Dianggap sebagai kebanggaan Victoria’s Secret, ia seolah-olah seperti pekerjaan yang sukar untuk model terkenal ini. Adriana Lima mendedahkan bahawa sembilan hari sebelum persembahan fesyen tahunan, dia hanya mengambil air dan 12 jam sebelum dia berhenti minum air hanya untuk menyeimbangkan berat air dalam badan.


Jennifer Aniston - Pelakon Hollywood ini kadang-kadang meninggalkan sarapan pagi, sebaliknya hanya minum segelas jus limau diperah segar pada waktu pagi. Dia yakin bahawa ia adalah cara yang terbaik untuk menghilangkan lemak. Kedengaran seperti cara yang baik untuk memulakan pagi.

Beyonce - Penyanyi terkenal ini pernah diminta untuk mengurangkan berat badan untuk menjayakan filem Dreamgirls. Jadi selama 14 hari, dia hanya mengambil air, cili merah dan sirap maple untuk diet. Sepanjang 14 hari itu, dia semakin mengecil dan mengecut.

Reese Witherspoon - Pelakon kecil molek ini dikenali sebagai peminat makanan bayi. Makanan untuk sarapan pagi dan makan tengah hari cumalah makanan bayi. Namun begitu, dia akan mengambil makanan ruji pada sebelah petang.

Nicole Kidman - Selebriti ini hanya memakan telur rebus untuk menjayakan wataknya dalam filem Cold Mountain. Dia mengambil satu biji telur rebus pada waktu pagi dan dua biji telur rebus untuk makan malam. Jika terasa lapar lagi, dia akan menambah tiga biji telur.

Katie Holmes - Aktres berwajah redup ini pernah membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan dengan hanya memakan sup lobak merah untuk sarapan pagi dan brokoli mentah untuk makan tengah hari serta makan malam. Mampukah kita mengikut cara diet ini?



 
Chatroom