Penyanyi Mafa berjaya kuruskan badan demi karier
Penyanyi yang dikenali menerusi program Vokal Bukan Sekadar Rupa iaitu Mafarikha nekad menurunkan berat badannya bagi mengekalkan kariernya sebagai seorang penyanyi.
Mafarikha atau nama sebenarnya Mafarikha Akhir, berkata, dia berjaya menurunkan beratnya sebanyak 22 kilogram sejak mengamalkan diet dan senaman selepas pertandingan itu berakhir pada 2012.
"Semasa menyertai pertandingan itu, berat badan saya 98 kilogram dan kini saya berjaya mengurangkan sebanyak 22 kilogram menerusi senaman dan diet secara konsisten.
"Kini berat badan saya hanya 76 kilogram. Alhamdulillah ianya berjaya dan saya masih lagi berusaha sehingga mendapat berat badan yang ideal," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mafarikha berkata, dia nekad menurunkan berat badannya bukan sahaja kerana ingin tampil menarik tetapi menyedari kepentingan kesihatan.
Keadaan fizikal asal Mafarikha ketika menyertai program Vokal Bukan Sekadar Rupa pada tahun 2012.
"Kita tahu dalam industri hiburan tempatan, penampilan diri perlu dijaga dan kerana itu saya bersungguh-sungguh mahu menurunkan berat badan.
"Pada masa sama saya mahu menjadi inspirasi kepada wanita-wanita yang mempunyai masalah berat badan sama seperti saya," ujarnya. ~ mstar