Home » » Masalah badan berbau!

Masalah badan berbau!

Cara mudah mengatasi bau badan

1 Kerap mandi

2 Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat dan pakai fabrik yang sesuai dengan badan. (Fabrik berunsurkan kapas digalakkan)

3 Elak pengambilan makanan tinggi kolin (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)

4 Banyakkan minum air putih, dan makan makanan yang berserat serta lebihkan pengambilan buah-buahan.

Remaja pada masa kini pastinya terdedah dengan pelbagai situasi dan aktiviti sehingga menyebabkan mereka senang berpeluh. Jadual yang padat setiap hari menyebabkan ada sesetengah remaja tidak mengendahkan keadaan diri mereka.

Awas! Keadaan itu boleh menyebabkan banyak pihak yang tidak senang dengan kehadiran bau yang tidak menyenangkan sehingga menyebabkan ramai yang tidak mahu mendekati seseorang yang mempunyai masalah bau badan.

Hal ini boleh mengganggu jadual seharian dan pergaulan seseorang itu dalam khalayak ramai.

Pakar Estetik dan Pakar Bedah Kosmetik dan Antipenuaan Total Wellness, Dr Alice Prethima Michael berkata, mereka yang mengalami masalah bau badan berpunca daripada sejenis hormon dipanggil `pheromones'.

Menurutnya, jika dibiarkan hormon semula jadi itu akan mengeluarkan bau yang lebih kuat apabila kelenjar peluh atau `apocrine' mula dijangkiti bakteria.

"Kebiasaannya, masalah ini dialami oleh remaja kerana mereka mengalami perubahan hormon dan menjalani gaya hidup aktif. Sekiranya tidak menjaga kebersihan diri dan menggunakan produk penyah bau seperti `deodoran', bau badan akan bertambah busuk dan berterusan sehingga dewasa," katanya.

Dr Alice berkata, remaja pada masa kini beranggapan penggunaan deodoran ialah penyelamat kepada masalah bau badan yang dipercayai bermula dari celah ketiak.

Anggapan itu tidak tepat kerana penggunaan deodoran sebenarnya tidak mencukupi. Dengan menutup bau badan melalui penggunaan deadoran yang berbau wangi akan menyebabkan pengeringan peluh yang cepat sehingga menutup liang roma, sekaligus membiarkan bakteria berkembang lebih aktif.

"Penggunaan deodoran yang sesuai dengan badan seseorang mungkin boleh menjadi penyelamat tetapi tidaklah mencukupi untuk menghapuskan seratus peratus bau badan.

"Rawatan lain yang boleh digunakan ialah `Lipo Vaser' atau suntikan di kawasan yang sangat berpeluh bagi mengurangkan aktiviti kelenjar peluh adalah antara rawatan moden yang boleh mengatasi masalah ini.

"Mereka yang mengalami masalah ini turut boleh didiagnosis dan dibantu dengan membetulkan ketidakseimbangan hormon," katanya.




 
Chatroom