Home » » “Seksanya nak kurus” – Norjuma

“Seksanya nak kurus” – Norjuma

Nah... Datin Norjuma dah membuktikan kepada umum dia sudah kurus dan cantik manis macam zaman bujang dulu. Bukannya apa, semasa Juma sedang sarat mengandung dan lepas bersalin, gambar dia tersebar dengan meluas di internet.

Ramai yang terkejut melihat badan beliau ketika itu. Tapi Juma pernah kata dalam majalah Harmoni, dia tak kisah orang nak kata berat badannya semakin bertambah selepas kahwin.

Semasa jumpa Juma pada majlis ulang tahun pertama perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dengan Datuk Khalid di sebuah hotel pada 24 Ogos lalu, Juma buat pengakuan, sebenarnya seksa juga dia nak kurus.

Kata Juma, semasa dia mengandung, berat badannya 105 kilogram. Selepas melahirkan Muhammad Akil Razak yang kini berusia lapan bulan, beratnya turun kepada 95 kilogram.

“Ketika itu terus Juma diet. Tak makan nasi sebaliknya dalam tempoh tiga bulan Juma hanya makan sayur-sayuran yang direbus. Dalam tempoh enam bulan keseluruhannya barulah badan beliau kembali normal,” katanya.

Sekarang ini berat Juma 58 kilogram. Dia dapat melangsingkan semula badannya. Tak hairanlah ramai terkejut melihat Juma yang macam anak dara sekarang ini.

Selepas berkahwin dengan Datuk Nazim Tun Abdul Razak hampir setahun lalu, Juma akui dia merindui juga kerja-kerja kewartawanan sebagaimana yang pernah dia lakukan semasa bertugas di TV3 dulu.

Jadi, apabila TV9 menawarkan Juma mengacara rancangan Keluarga Di 9 yang dilancarkan baru-baru ini, dia menerima tawaran itu dengan senang hati.

Apa-apa pun Juma kelihatan bahagia di dalam rumah tangga dan kerjayanya sekarang ini. Yang penting walaupun dia sudah bergelar Datin, Juma tidak menyombong sebaliknya tetapi merendah diri ketika berbicara.

NIEZAM: Apa khabar Datin Seri Normala Samsuddin? Moga sihat hendaknya.



6 Komen:

Anonymous said...

For really serious energy education, adding bulk and constructing muscle mass, the SelectTech 1090s
are classified as the technique to go.

Look at my web site - www.getfitnstrong.com

Anonymous said...

For long-time workout and exercise routine buffs, having said that, that you
are provided the selection to up grade the home health
club system, need to you would like to additional force your boundaries like no other.


Feel free to surf to my webpage :: free weights for sale used

Anonymous said...

A Bowflex is perfect for ultimate muscle building whilst the
Total Health and fitness center is perfect for firming up the whole overall body and building modest
muscle mass mass.

my site ... dumbbell sets

Anonymous said...

Most likely they may have seen what your are searhing for or they could possess the product themselves and possess not nevertheless place it up on the market.


My web page; weight sets for sale

Anonymous said...

Consequently, connected muscles grow in strength alongside one another and
stop certain muscle tissue building independently and outside of harmony.


Also visit my web-site; bowflex dumbbells

mamamia said...

kagum dengan usaha datin Juma ni...best..bestt

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom