Home » » Telur penyu tiada khasiat tambahan

Telur penyu tiada khasiat tambahan

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa telur penyu yang menjadi kegemaran penduduk negeri ini sebenarnya tidak mempunyai khasiat tambahan berbanding telur ayam.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Munir Mohd. Nawi ketika mendedahkan perkara itu berkata, sebaliknya, mereka yang memakan telur penyu terdedah kepada kolesterol yang lebih tinggi kerana ia biasanya diambil dalam jumlah yang banyak.

''Belum ada bukti memakan telur penyu mengandungi khasiat tertentu sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak kerana ia sebenarnya sama seperti kita memakan telur ayam, malah kandungan kolesterolnya juga adalah sama.

''Jadi, saya syorkan agar orang ramai tidak lagi memakan telur penyu,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Munir berkata, kebanyakan telur penyu yang dijual di pasar dan restoran di negeri ini dibawa dari luar dan bukannya dikutip di pantai-pantai di negeri ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa pihaknya berpuas hati terhadap kesedaran orang ramai yang semakin kurang memakan telur penyu, sekali gus membantu menangani masalah kepupusan spesies penyu di negeri ini.



1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

saya baru ja termakan telur penyu tadi dalam pukul 3.30pm...so apa yg patut saya buat?dan kenapa telur penyu itu tidak menjadi pejal apabila dimasak atau direbuskan??

Catat Ulasan

 
Chatroom