Home » » Mek kurus bukan desakan sesiapa

Mek kurus bukan desakan sesiapa

Kesungguhan pelakon sitkom komedi, Salam Pantai Timur, Nik Sayyidah Fatiha Yazid atau lebih dikenali dengan panggilan Mek yang sudah 23 bulan tidak menjamah nasi dan makanan menggemukkan dalam usaha menurunkan berat badan sungguh menakjubkan.

Bermakna hampir dua tahun Mek terpaksa menahan perut daripada menikmati makanan lazat yang menjadi kesukaan ramai. Selepas 23 bulan `mengikat perut’, kini Mek sudah langsing apabila beratnya 48 kilogram, dulu beratnya 103 kilogram. Ini juga bermakna dalam tempoh tak sampai dua tahun, Mek sudah dapat menurunkan berat badan sebanyak 55 kilogram. Memang satu usaha yang jarang dapat dilakukan seseorang melainkan dengan tekad.

Selalunya kita kalau tak makan nasi seminggu pun sudah menggeletar tubuh badan, inikan pula tak makan nasi dan makanan kesukaan selama hampir dua tahun.

Mek beritahu wartawan Raja, dulu dirinya kemaruk makanan terutama ketika sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Sehinggakan delivery Mc Donald dan Pizza Hut sudah kenal dengan suaranya di hujung talian ketika membuat tempahan.

“Memang lucu kalau ingatkan dulu waktu saya kuat makan, apabila malam saja pasti saya membuat tempahan macam-macam di Mc Donald dan Pizza Hut, kadang kala pekerja delivery Mc Donald dan Pizza Hut berselisih jalan nak hantar tempahan makanan saya.

“Kalau saya shooting pun, walaupun dah makan malam, saya tetap nak juga makan pizza atau burger. Jadi saya minta mereka hantar di hotel. Tapi itu dulu, sudah hampir dua tahun saya mengikat perut untuk memastikan saya langsing seperti insan lain. Dari kecil memang badan saya `semangat’, saya tak pernah rasa kurus.

“Bukan apa, sudah 24 tahun saya makan, makan dan makan, jadi saya tekad nak kurus. Saya nak tengok wajah saya bila kurus, memang berbeza. Saya rasa pun semakin ringan. Sebenarnya saya seorang yang suka bergaya, saya suka pakai itu dan ini, tetapi bila berbadan besar, sukar saya nak buat pilihan baju. Dulu saya sanggup tempah baju sebab nak bergaya seperti orang lain. Maklumlah nak beli baju yang sudah siap, jangan mimpi nak muat, jadi saya beli kain dan tempah baju,” katanya dengan ketawa kecil mengingatkan kenangan silam.

Apabila ditanya adakah sebab suaminya, Mohd Hariff Ghazali tak suka dirinya kelihatan gemuk membuatkannya berusaha menurunkan berat badan, Mek menafikannya.

“Saya mengenali Hariff sejak empat tahun dulu, masa itu saya masih gemuk. Tapi ketika itu, kami tidaklah bercinta hanya kawan biasa. Saya juga ada bertanya pada Hariff, tetapi dia menerima saya seadanya. Sekiranya ditakdirkan selepas berkahwin, saya kembali gemuk, Hariff tak kisah. Pokok pangkalnya hati budi.

“Hariff, seorang yang jujur, ikhlas dan menerima apa juga bentuk fizikal saya. Semua yang saya buat atas kehendak saya sendiri, bukan dipaksa-paksa. Sebab itulah saya boleh tengok orang lain makan sedap-sedap sedangkan menu saya hanya bihun dan buah-buahan setiap hari. Memang sekarang saya rasa teringin nak makan nasi tetapi saya tahan, saya nak turunkan berat badan beberapa kilogram lagi,” katanya.



1 Komen:

geyen said...

adusss..24 bln tuh...
dptka aku?nak juga coba tips Mek ni..
sy sndri bingung cam na nak pi kurangkn brt bdn nih..berkali2 dh cuba x nafsu mkn tuh...aduhh ssh nak cakap ehh...

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom