Home » » Khasiat Delima

Khasiat Delima

Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Khasiat Delima

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.



Rahsia Penciptaan Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.



44 Komen:

Jaja Lita berkata...

mohon nak kongsi artikel di atas..

roha berkata...

baru pas mkn buah delima. terima kasih atas entry ni.

Tanpa Nama berkata...

skang hari2 makan delima. mujur harganya x mahal sgt skrg. tadi baru beli 14 biji. satu family suka mkn. kata nyonya jual delima tu ianya memang bagus untuk perempuan sbb itu ramai cina suka delima.

Dewi TLL berkata...

Ampuh sekli buah delima ini dalam mengobati kanker payudara.

sue berkata...

boleh cube pati delima asli untuk amalan pemakanan harian. sesudu sebelum tdo, sesudu sebelum breakfast...Hubungi Sue (o123379652)

Radziah Homeopathy berkata...

paling sedap saya jumpa delima di Pakistan dan India, sedap betul. minum jus delima merah di sana amat puas hati dan murah. berlambak2 di jual di kedai minum disana. tapi kalau batok, jangan minum dulu, tunggu hilang batok boleh lah. kalau nak cuba juga..ha.... batok nya akan betambah terok. kalau dalam keadaan sehat, tiap hari pun kita boleh minum jus nya dan makan buahnya.

Tanpa Nama berkata...

wahhh..dah dpt taw khsiat nye ni..bleh jdikan buah kegemaran saye...

eKiN KiKiN berkata...

mohon maaf..saya ingin ambil artikel ni sebagai kongsian beramai

Tanpa Nama berkata...

elok

Tanpa Nama berkata...

kami mengeluarkan produk terbaru Jus Delima kolostrum.. sila like page kami di fb 'Crysella' untuk info jus delima ini.. setiap hari pemanggil yg 5 pertama akan dapat discout shgga 30%..

Unknown berkata...

mohon share

pak wan berkata...

thanks for sharing.. baru beli sebijik try kat Wakaf Che Yeh Kelate semalam.. sebijik singgit jek.. will be my fav fruit from now on.. sodap & berkhasiat.. niat mau tanam pokok delima plak pasnih :)

Tanpa Nama berkata...

Erea muar sila like page difb aliza crysella..Setiap hari pemanggil pertama yg ke 5 akan dapat discount sehingga 30%...

Syazwani Mazlan berkata...

mtk share..(kredit)

Unknown berkata...

waawww... banyaknya khasiat buah delima... lepas ni borong buah delima pula...


Mari tengok tutorial cara nak buat isi kandungan blog posting (sitemap cool) yang boleh senang dirujuk kalau pengunjung blog nak cari entri-entri dalam blog anda... klik [sini]

Tanpa Nama berkata...

allah maha besar dan allah mengetahui rahsia buah delima,,buah delima di pakistan memang sedap belaka,,,besar2 pulak tu,,,kena import ke sini nie,,,

Tanpa Nama berkata...

Baik untuk ibu hamil anemia.Pasni kena borong buah delima la pulak.Kat mana boleh dapat murah ek?

Tanpa Nama berkata...

Tak payah borong buah,dapat Jus Delima dari Giffarine, berminat hubungi saya

Tanpa Nama berkata...

Jika berminat nak dapatkan jus delima, sila hubungi saya 0135234600

Tanpa Nama berkata...

seddapnya.........

roslinda208@gmail.com berkata...

mgkin letih nk makan sebutir2 buah delima tu. boleh cuba pati delima gulsan. 100% pati delima asli tanpa bahan campuran lain. doctor sy sendiri amalkan pati delima ni. dlu sy beli dgn doctor skrg sy jual sendiri. amalkan sesudu 2 jam seblum bfast n sebelum tido. RM25 je. tak perlu perbelanjaan yg mahal utk kekal sihat n cantik. gunakan produk2 Islam kita pun sudah cukup krn terbukti khasiatnya telah diceritakan dlm Al-Quran. berminat boleh hubungi sy n sy akan berikan tips kesihatan dari doctor pakar sy sendiri :) 0173288861/0123574947 (linda).. produk2 dari timur tengah yg lain pun ada spt cuka epal, kurma, madu dll. mari kita amalkan kesihatan cara nabi :)

ayda berkata...

d swak (sekitar saratok, sarikei, sibu bntulu) susah nak crik..sy berusaha nak cri sbb kakak tgh prgnant mengidam buah delima...agak2, kalau buah delima ni dipos, tahan x??

Khasiat Sayuran Dan Buah berkata...

"Di dalam kedua surga itu ada dua mata air yang memancar. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima."

Tanpa Nama berkata...

saya merupakan seorg pengidap resdong yg kuat sejak saya mengamalkan mkn buah delima sekarang ni saya bebas dari penyakit itu, alhamdulilah

Alya berkata...

Berguna sekali zat antioksidan yang ada dibuah delima ini.

Hamba Allah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hamba Allah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hafiz wifeyy berkata...

tq for ur info :)...

Tanpa Nama berkata...

Salam..

sila layari facebook saya hairoon nadia hashim untuk mendapatkan harga borong bagi pati delima gulsan. sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Bagus2.

Aini Qamariah berkata...

borong pati delima gulsan rm12 sebotol.
0164441497 :)
selamat mencuba :)

Tanpa Nama berkata...

Salam...kami sekeluarga pun memang suka makan buah delima...

Tanpa Nama berkata...

syukur cz buah ni banyak khasiat.leh mkan hari2,harga murah skarang ni

Tanpa Nama berkata...

Sapa2 yg nak try Jus Delima Organik 100% asli tiada campuran boleh lah call saya,susu kambing segar pun ada phone saya 0192193432@0129745055 Arus

Unknown berkata...

salm.mmg bgus buah delima tu .saya pernah terbaca petua drp org katenye salah tu nk lhirkn ank yg cerdik dgn memakan buah delima ketika mengandung. . .insyallah. ketika tu sy pgnant , di batu pahat pulak xde buah tu,terpkse mminta tolong kwn di jb untuk beli delima n bt pghntaran pos laju dr jb. .bgus buah delima.

Kelaut fiber berkata...

salam. tumpang tya. adakah khasiat buah delima yg murah dr china berbeza dgn buah delima dr india, pakistan, sepanyol atau benua arab?

Tanpa Nama berkata...

Klu pos hrga 120ke

Tanpa Nama berkata...

saya ada membekalkan produk Biodelima gabungan makanan sunah delima kurma anggur zaiton madu habtusaudah gaji dan manna inshaallah sesuai untuk membantu merawat 1001 penyakit

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum, tumpang iklan. bagi yang ingin mendapatkan jus delima keluaran tempatan terbaru, boleh hubungi saya. jus delima ini istimewa kerana telah dicampur dengan Habbatus Sauda, Buah Prun, Buah Tin, Rozel dan juga Daun Stevia, yang mana kesemua campuran ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri. untuk membeli atau menjadi pengedar, boleh hubungi saya di:

0174811006

atau emel:

pheerblue@gmail.com.

sekian terimakasih...

Kak Long berkata...

Terima Kasih...info yang berguna...
Semoga anda kaya dan berjaya..

fatimah berkata...

Info yang sangat menarik dan berguna. terima kasih untuk perkongsian. :)

Esyah Azman berkata...

Ooo..thnks info yg berguna..sbb sy pregnant..tu yg pkir perlu amik ke tak?huhu

Tanpa Nama berkata...

Baru je cuba la ni. Tp tak berapa pasti keberkesanannya. ambil je insyaAllah dengan izinNya pasti ada khasiatnya kan.

Tanpa Nama berkata...

wow... baru saya tahu kasiat buah delima ini.... n btw, buag ini mmg sdp..

Catat Ulasan

 
Chatroom