Home » » Khasiat Kurma

Khasiat Kurma

SETIAP kali menjelang Ramadan, kurma pasti menjadi hidangan wajib untuk berbuka, walaupun hanya sebiji dua.

Masa inilah beraneka jenis, rasa dan rupa kurma tiba-tiba muncul di pasaran yang kerap dijadikan hadiah atau buah tangan. Biar apapun bentuknya, kurma adalah buah-buahan yang mengandungi banyak khasiat.

Masyarakat Arab contohnya percaya amalan memakan kurma bukan saja baik untuk kesihatan tetapi ia juga boleh menghaluskan kulit, memperbaiki kesihatan sistem pencernaan dan memberi tenaga kepada wanita hamil kerana ia dipercayai boleh membantu perkembangan otak bayi.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.



0 Komen:

Catat Komen

 
Chatroom