Bersama Dr Noordin Darus
Saya ingin mengulas mengenai Kegigihan (Intensity), Masa (Time) dan juga Jenis (Type) yang juga dikenali sebagai F.I.T.T.
Kegigihan
Ini merujuk kepada berapa banyak yang anda dapat lakukan tanpa usaha yang keterlaluan. Ahli sukan biasanya diberikan latihan khusus berdasarkan tahap kecergasan mereka selepas melaporkan diri untuk latihan. Kadar denyutan jantung, denyutan rehat jantung dan denyutan latihan jantung digunakan untuk menentukan tahap kegigihan yang sesuai dalam formula digunakan ahli sukan.
Di sini, saya ingin berkongsi cara untuk menentukan tahap kegigihan yang paling sesuai dalam sesuatu rutin latihan. Cara lebih mudah dan berkesan ialah menerusi "Ujian Hi!". Biasanya ketika anda sedang berjoging ada orang yang mengucapkan "Hi!......" Apakah jawapan anda? Jika anda dapat mengembalikan kata-kata "Hi!...." dengan riang sambil tersenyum lebar, tahap usaha anda adalah bersesuaian. Mungkin sudah tiba masanya untuk anda meningkatkan kegigihan itu. Bagaimanapun, kalau anda mendapati diri anda terlalu semput untuk memberi sebarang jawapan kecuali untuk berdengus, maka usaha anda sudah keterlaluan. Perlahankan kegiatan, tunggu hingga anda berasa lega dan kembali berjoging lebih perlahan, kalau perlu berjalan dengan pantas saja.
Masa
Terdapat anggapan bahawa senaman itu memerlukan masa yang banyak. Itu tidak semestinya benar. Semuanya bergantung kepada tahap senaman anda dan tujuan bersenam. Ahli sukan profesional sememangnya menghabiskan banyak masa untuk berlatih kerana itu adalah kerja mereka. Itu juga kerana mereka mempunyai tahap kecergasan yang sangat tinggi dan ia mengambil masa yang lebih untuk menyelenggarakan dan memperbaiki tahap itu. Bagaimanapun, bagi individu biasa, kajian saintifik menunjukkan bahawa senaman berterusan antara 15 hingga 20 minit, tidak termasuk masa untuk memanaskan badan dan menyejukkan badan, memadai untuk menyelenggarakan peredaran darah yang baik dan otot yang sihat.
Jenis
Jenis senaman yang paling sesuai sepatutnya membabitkan penyedutan banyak oksigen 'bersih'. Maksud saya bahawa senaman itu seelok-eloknya dilakukan dalam persekitaran yang bersih dan bebas daripada pencemaran. Jika tidak, anda akan menyedut lebih banyak zarah karbon, yang akan menyebabkan paru-paru anda terpaksa bekerja lebih masa untuk menghasilkan oksigen bersih dan ini menewaskan keseluruhan tujuan senaman itu. Sebagai suatu contoh, elakkan daripada berjoging di kawasan perindustrian atau di tepi lebuh raya, dan menjalani sesi aerobik atau senaman gim di premis yang sistem alihan udaranya kurang baik. Akhirnya, anda mesti menggunakan 'otot besar' dan 'sendi besar' badan sekiranya kegiatan itu hendak dianggap sebagai senaman.
Dengan mengamalkan formula F.I.T.T anda akan mendapati bahawa banyak kegiatan rumah yang rutin memenuhi kriteria 'senaman' seperti berkebun, membasuh pakaian, mencuci kereta, mengejar anak kecil anda yang sedang belajar jalan dan pergi ke pasar. Bagaimanapun, hobi seperti bermain catur atau dart dan bermain layang-layang tidak memenuhi kriteria itu kerana kegiatan itu tidak menggunakan sendi dan otot utama.
Yang pasti, senaman yang terbaik bagi anda adalah senaman yang menyeronokkan anda. Ini kerana jika anda tidak seronok melakukan kegiatan itu, anda akan cepat hilang minat terhadapnya. Kehilangan minat dan kebosanan adalah alasan yang paling kerap dibangkitkan oleh orang yang meninggalkan rutin senaman mereka. Justeru, jangan lupa bersenam tetapi bukan dengan cara yang keterlaluan.
Sebarang pertanyaan sila e-mel kepada dnd@worldwellness.com.my atau telefon ke 03-77887791.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan