LONDON: Lelaki dan wanita akhirnya mempunyai satu perkara untuk dipersetujui - cara pemikiran kedua-duanya tidak sama dan ia dibuktikan secara saintifik untuk menjelaskan misteri yang sudah berlanjutan bertahun-tahun lamanya.
Kajian mendapati, wanita memperuntukkan lebih banyak bahagian otak kepada membuat keputusan, emosi dan keupayaan mengemudi, sesuatu yang memeranjatkan kerana tanggapan umum golongan berkenaan lemah membaca peta.
Bagaimanapun, otak lelaki pula cuma mengesahkan 'stereotaip' dengan penekanan lebih besar terhadap seks. Namun, perbezaan jantina tidak terhenti di situ, dengan lelaki dan wanita menggunakan kaedah berbeza memproses kesakitan dan emosi.
Malah, selera mereka juga berbeza bagi dadah terlarang berpunca daripada pembentukan otak, kata penyelidik selepas mengukur dan membandingkan 45 bahagian otak pada lelaki dan wanita.
Ini berbeza dengan teori dipakai sekian lama bahawa perbezaan cara dua jantina itu berfikir adalah disebabkan tekanan sosial dan proses pembesaran, atau tindakan hormon seks.
Laporan majalah New Scientist menyebut: "Bagi kebanyakan bahagian, pembentukan asas otak, dan cara ia berfungsi, difikirkan sama bagi kedua-dua jantina. Penyelidikan mendedahkan otak lelaki dan wanita dibina daripada genetik induk ditanda secara berbeza.
"Ada juga perbezaan dalam proses genetik itu dan kimia yang menyampaikan mesej. Semua ini membawa kepada rumusan ada dua jenis otak, bukan satu." - Agensi
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
1 Komen:
blog anizyn ni memang bagus dan banyak ilmu yang kita dapat..mcm2 tips dan motivasi...anyway wish you good luck and success..semuga blog ni terus kekal dan membangun..
Catat Ulasan