Home » » Nora Danish sah bercerai talak dua

Nora Danish sah bercerai talak dua

Pelakon drama bersiri Puteri, Nora Danish dan suaminya, Rizal Ashram Ramli yang merupakan anak sulung bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib disahkan bercerai talak dua oleh Mahkamah Rendah Syariah pada 12 Ogos 2008.

Hakim Syarie Ahmad Irwan Ismail memutuskan demikian selepas mendapati dua talak yang dilafazkan oleh Rizal berbunyi 'I ceraikan you' pada Februari lalu dan 'saya ceraikan you' pada 17 Jun lalu sah dan disabitkan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 26, yang sedang hamil kira-kira tiga bulan hanya akan tamat edah selepas dia melahirkan anaknya kelak.

Rizal dalam keterangannya sebelum ini mengaku melafazkan cerai terhadap Nora sebanyak dua kali sejak enam bulan lalu.

Menurut Rizal, 32, lafaz pertama yang berbunyi 'I ceraikan you' berlaku di rumah mereka di Jalan Ritchie, Ampang di sini pada sekitar Februari lalu sebelum mereka rujuk kembali kemudiannya.

Dia bagaimanapun sekali lagi melafazkan cerai terhadap Nora kira-kira pukul 3.30 petang, 17 Jun lalu melalui panggilan telefon semasa berada di pejabatnya di Sri Hartamas, di sini.

Pada hari yang sama, Nora mengesahkan mendengar kedua-dua lafaz tersebut serta mendakwa ia dibuat melalui panggilan telefon.

Pasangan ini bernikah pada 20 jun 2006 dan lafaz talak kedua berlaku ketika Nora sedang hamil anak sulung.

- Utusan



1 Komen:

Mr Hafiz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catat Ulasan

 
Chatroom