Kesibukan hidup di kota memerlukan pengambilan suplemen atau makanan tambahan untuk menambah tenaga.
Tentu anda pernah mendengar tentang spirulina? Ia dikatakan antara suplemen yang membantu memperbaiki kesihatan kerana mengandungi zat makanan yang baik dan tinggi.
Spirulina atau nama santifiknya, arthrospira platensis ialah sejenis tumbuhan air yang mengandungi hanya satu sel sahaja.
Oleh itu, ia tidak mempunyai akar, daun, bunga dan sebagainya.
Secara spesifik, ia adalah dari kumpulan rumpai laut alga dan berbentuk spiral (sebab itulah ia dinamakan spirulina, bermakna spiral yang kecil).
Berbeza dengan makanan daripada haiwan, sumber daripada tumbuhan ini tidak mengandungi kolesterol dan mempunyai kalori yang lebih rendah.
Bagi mereka yang sibuk bekerja, spirulina bukan sahaja membekalkan tenaga tetapi zat makanannya juga bermanfaat untuk membantu meningkatkan kecerdasan mental.
Kajian di Jepun mendapati, pengambilan spirulina meningkatkan kandungan laktobasilus dan penyerapan vitamin B daripada diet.
Begitu juga dengan diet yang diamalkan oleh golongan yang berpendapatan tinggi di Brazil di mana mereka banyak mengambil daging lembu tetapi hanya sedikit sayur-sayuran, menyebabkan ramai yang mengalami sembelit yang kronik.
Pengambilan spirulina didapati membantu proses pembersihan dan mengurangkan terjadinya sembelit.
Kerana kandungannya yang kaya dengan pelbagai nutrien dan mineral, ia dikenali sebagai makanan makanan semula jadi yang lengkap.
Secara perbandingannya, spirulina organik mempunyai kandungan nutrien yang lebih tinggi berbanding spirulina bukan organik.
Selain itu, spirulina mempunyai kandungan pigmen semula jadi iaitu fikosianin yang tinggi di mana ia adalah antioksida yang merangsang ketahanan tubuh.
Pengambilan spirulina yang dihasilkan secara organik bukan sahaja mempunyai kelebihan dari segi kandungan nutriennya, tetapi juga bebas daripada pencemaran alam sekitar tanpa memerlukan dos yang tinggi serta diiktiraf oleh badan-badan tertentu di peringkat antarabangsa.
Menurut penyelidik Elken Spirulina dan Presiden Spirulina Bio-lab Co. Di Osaka, Jepun, Dr. Yasuma Kodo, spirulina merupakan sumber nutrien yang boleh membekalkan tenaga yang berpanjangan dan baik dalam membantu fungsi usus.
“Spirulina telah hidup sejak 3.6 bilion tahun yang lalu dalam kitaran fotosintesis kita dan masih kekal serta terus hidup hingga hari ini.
“Spirulina merupakan rumpai laut alga dan bukan tumbuhan laut.
“Organisma yang hidup dalam kolam-kolam air tawar dan tasik-tasik yang lebih alkali.
“Ia berupaya hidup di perairan dengan pH seimbang iaitu lapan hingga 11 dan suhu 85 darjah Celsius hingga 112 darjah Celsius memastikan memelihara ketulenan spirulina.
“Ini berbeza dengan keadaan organisma lain.
“Fakta yang mengatakan spirulina berkembang dan terus hidup dalam suhu tinggi adalah jaminan kepada pengguna yang ia dapat mengekalkan nilai nutrien semasa penyimpanan atau pemprosesan,” katanya.
Menurut Dr. Yasuma, spirulina mengandungi protein yang baik dan lengkap. Separuh daripadanya mengandungi asid-asid amino yang membina protein.
“Ia adalah satu-satunya organisma bukan haiwan yang lengkap dengan protein.
“Spirulina mengandungi lapan asid amino penting dalam kadar yang betul dan sepuluh asid amino kurang penting.
“Tetapi ia mempunyai vitamin-vitamin, mineral dan mikro nutrien serta protein yang menjadikannya makanan tambahan yang unik dan lengkap.
Jelas Dr. Yasuma, spirulina dapat menggantikan kandungan pemakanan yang hilang untuk gaya diet serta pemakanan yang sihat.
Tambahnya, gaya pemakanan yang tidak sesuai, boleh merosakkan sistem-sistem badan kita dan menyebabkan pelbagai penyakit.
“Jika badan anda adalah sakit atau tertekan, ia menjadi lebih berasid.
“Spirulina yang merupakan makanan tambahan yang lebih alkali dan dapat mengimbangi kesan asid ini.
“Ia adalah penting untuk mengamalkan pemakanan seimbang, tetapi kebanyakan orang tidak memakan lima hidangan buah-buahan dan sayuran seperti yang disarankan sehari dan di sinilah spirulina memainkan peranan penting,” jelasnya.
Info
* Ada yang mengatakan spirulina telah hidup sejak 3.6 billion tahun yang lalu.
* Pengambilan spirulina telah diamalkan oleh kaum kuno Aztecs di Mexico sejak dahulu lagi.
* Spirulina berwarna hijau gelap.
* Warna ini disebabkan oleh kombinasi klorafil (hijau), phycocyanin (biru) dan carotenoids. (oren). Warna-warna yang berlainan ini menyerap tenaga yang berlainan dari cahaya matahari.
* Meskipun dari kumpulan yang sama ada beberapa perbezaan dari segi kandungan antara rumpai laut alga ini.
* Contohnya, dinding sel spirulina lebih lembut berbanding dengan chlorella, oleh itu spirulina lebih mudah dicerna.
Menarik
* Paras beta-carotene adalah 25 kali lebih tinggi daripada lobak merah.
* Kandungan klorofil adalah 30 kali lebih tinggi daripada gandum.
* Paras vitamin B12 adalah 2.5 kali lebih tinggi daripada hati lembu.
* Paras besi adalah 56 kali lebih tinggi daripada bayam.
* Paras asid gamma-linolenic adalah tiga kali lebih tinggi daripada itu minyak bunga primrose petang.
* Kandungan protein spirulina dua kali lebih tinggi daripada kacang soya, empat kali tinggi daripada daging lembu dan lima kali tinggi daripada susu.
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan