Home » » Mazliwati berjaya turun berat badan

Mazliwati berjaya turun berat badan


MAZLIWATI Md Shah, 32, yang mempunyai berat badan 208 kilogram (kg) tahun lalu, kini berjaya menurunkannya kepada hanya 88kg selepas menjalani rawatan dan diet seimbang. Dia berkongsi rahsia kejayaan untuk keluar dari dunia obesiti bersama wartawan Siti Shahila Ahmad.


BERAPA berat Mazliwati sekarang?

Berat saya kini 88kg berbanding 208 kg empat tahun lalu. Sejak tahun lalu saya berjaya menurunkan berat 120kg secara berperingkat. Doktor menyarankan saya mengurangkan lagi berat hingga 57kg tetapi bagi saya cukuplah setakat 65kg.

Perasaan Mazliwati sekarang?

Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan kerana banyak perubahan berlaku sejak saya mula menjalani diet yang betul. Kesengsaraan yang saya lalui sebelum ini sudah berakhir, malah saya kini mampu bersosial. Keyakinan saya juga semakin tinggi.

Apa usaha bagi menurunkan berat badan?

Usaha yang saya lalui bukan mudah kerana banyak pengorbanan diperlukan. Antaranya, meninggalkan nasi dalam menu harian sejak setahun lalu dan melebihkan sayuran serta protein. Saya juga melakukan senaman ringan.

Bagaimana kesihatan Mazliwati sekarang?

Dulu saya menghidap darah tinggi, kencing manis, sesak nafas dan sukar bergerak, malah susah tidur. Kini semua penyakit itu sudah hilang. Kulit saya semakin anjal dan tiada selulit. Ukur lilit pinggang saya 34 inci, berbanding dulu 75 inci.

Apa impian Mazliwati selepas ini?

Saya ingin membuka salun kecantikan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk kecantikan. Saya mahu mencapai cita-cita dulu sebelum berkahwin.

Siapa pendorong Mazliwati selama ini?

Keluarga pembakar semangat utama dan terima kasih kepada perunding kesihatan, Profesor Jasmi dan Dr Norlaila dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Dr Mazliza dari Hospital Sungai Buloh.





0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom