Jelas Nora, penampilan terbarunya dengan imej bertudung itu baru sahaja dilaksanakannya seiring dengan sambutan hari lahirnya yang ke-35 pada 26 Julai lalu.
Malah, tambahnya, keinginannya untuk bertudung juga telah dipendamkan sekian lama iaitu sejak sepuluh tahun yang lalu.
“Tetapi, masa itu saya masih belum bersedia dan keputusan untuk tampil dengan imej sebegini juga tidak dipaksa oleh sesiapa. Semuanya lahir dari hati saya yang tulus. Pendirian saya, selagi saya tidak bersedia, saya tidak akan melaksanakannya,” kata Nora.
Nora agak selesa dengan penampilannya sekarang dan dia juga tidak mahu melakukan perubahan yang drastik.
“Perubahan ini biarlah dilakukan secara perlahan-lahan dan saya mahu lakukannya satu demi satu.
“Apa yang penting bagi saya adalah sokongan dan restu daripada suami dan anak-anak yang ternyata gembira dengan perubahan diri saya sekarang,” tutur pemenang Artis Baru Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik 1994 ini penuh makna.
Nora turut memberitahu, dengan imej barunya itu, ia langsung tidak menghalang untuknya terus menjadi anak seni.
Nora mula mencuri perhatian peminat muzik tempatan menerusi album pertamanya, Sandiwara pada tahun 1994, diikuti dengan Debaran (1995), Naluri (1996), Kirana (2000) dan Nora Nora (2002).
Penghibur ini juga pernah tampil dengan tiga album kompilasi iaitu Hanya Satu (1998), Cinta Satu Dekad (2003) dan Samudera (2006).
- Utusan
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
1 Komen:
tapi i heran bila minggu2 lepas i kat kl tengok tv9 dia tak bertudung?
Catat Ulasan