Home » » Khasiat jus buah-buahan

Khasiat jus buah-buahan

Khasiat jus buah-buahan

Aprikot
Buah ini banyak mengandungi protein dan vitamin C seperti vitamin A, B, B2, B3 dan C. Buah bergizi tinggi ini sangat baik jika dimakan setiap hari. Apalagi aprikot tidak mengandungi kolestrol dan baik untuk melancarkan pengedaran darah. Lemak dari isinya baik untuk dijadikan cream pelembap.

Epal
Buah epal banyak mengandungi megnesium, zat besi dan silikon, potasium, fosfor, sodium, kalsium dan belerang. Epal juga mengandungi vitamin A, B dan C. Zat asam pada epal merupakan zat pembersih tubuh yang sangat baik serta dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh.

Bayam
Merupakan makanan yang penting untuk alat pencernaan, baik bagi saluran makanan dalam tubuh seperti perut, usus kecil serta usus besar. Bayam mengandungi unsur unsur potasium, sodium, kalsium, iodine, fosfor, magnesium, belerang dan zat besi. Selain itu bayam juga mengandungi hampir semua vitamin seperti A, B, C dan E. Untuk mengatasi sembelit, minumlah jus bayam sebanyak setengah liter sehari selama beberapa hari. Jus bayam jugak berkhasiat untuk mencegah penyakit gusi.

Limau
Semua jenis limau merupakan sumber vitamin C yang utama. Kandungan vitamin C yang utama dan membantu memperkuatkan jaringan otot-otot urat dan dinding pembuluh darah. Penderitagusi berdarah, gigi rosak dan sakit sendi dapat diatasi dengan segelas jus limau atau lemin setiap hari.

Timun
Sayuran ini enak dimakan serta mentihatkan. Hirisan timun ditempelkan ke mata setiap tiga minit selama 20 minit pada kelopak mata umntuk mengatasi mata yang sering letih dan mengantuk. Jus timun merupakan salah satu diuresis terbaik untuk melancarkan pembuangan air kecil dan menurunkan darah tinggi.



0 Komen:

Catat Komen

 
Chatroom