Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan untuk berjimat cermat bertukar sebaliknya. Itulah keluhan yang kerap kedengaran di kalangan sesetengah orang setiap kali Ramadan tiba. Aliran wang semakin deras dan apa saja yang dilihat mahu sahaja dibeli. Nafsu berbelanja melonjak tinggi dan bajet bulanan seolah-olah tidak lagi efektif. Masalah ini tidak seharusnya dibiarkan membelenggu setiap kali munculnya bulan puasa. Ia harus diatasi dan tip-tip di bawah ini mungkin boleh membantu.
1. Tentukan Bajet Langkah pertama yang patut anda lakukan ialah menentukan bajet sepanjang bulan puasa. Berapa ringgit yang perlu diperuntukkan dan untuk apa. Jika boleh, kurangkan pengeluaran wang berbanding perbelanjaan harian untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Bezanya bulan puasa ini, anda hanya makan dua kali iaitu sahur dan berbuka, jadi sudah tentu perbelanjaan boleh dikurangkan.
2. Lakukan Tinjauan Harga Banyak pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga jualan apabila tiba musim Ramadan. Jadi sebagai pengguna, anda harus mengambil langkah bijak dengan melakukan tinjauan harga. Berbelanjalah di tempat yang menawarkan harga berpatutan dan tidak cekik darah. Dengan itu anda tidak akan merasa tertipu malah boleh berjimat.
3. Jangan Ikut Nafsu Seterusnya, kita harus makan mengikut perut dan bukannya mengikut nafsu. Tidak salah jika teringin menjamah makanan tertentu namun usahlah keterlaluan. Jangan membeli terlalu banyak juadah tetapi akhirnya terbuang begitu sahaja. Sebagai jalan selamat, beli makanan yang anda ingini itu dalam kuantiti sedikit agar tidak berlaku pembaziran.
4. Hadkan Tunai Selain itu, anda juga tidak digalakkan membawa wang berlebihan apabila ke bazar. Senaraikan apa yang anda perlukan dan anggaran wang membeli itu sahaja. Tip ini antara yang paling sesuai dan efektif bagi ramai orang. Beli apa yang perlu sahaja dan abaikan yang sebaliknya. Dengan cara ini, wang anda tidak akan mengalir begitu sahaja.
5. Makan Di Rumah Pakej berbuka yang ditawarkan di luar terutama hotel-hotel ada kalanya terlalu mahal. Ia akan kelihatan lebih membazir jika anda bukan jenis orang gemar makan secara bufet. Bagi mengelakkan hal ini daripada terjadi, apa kata anda hanya bersahur dan berbuka di rumah sahaja. Murah pun murah, sedap pun sedap.
6. Bertukar-tukar Juadah Amalan bertukar-tukar juadah sesama jiran semakin terhakis dan apa kata anda mengembalikannya. Dengan cara ini, anda tidak perlu masak terlalu banyak jenis lauk dan ia secara tidak langsung dapat menjimatkan masa serta tenaga anda. Dalam masa yang sama, ikatan silaturahim dengan jiran-jiran juga menjadi semakin erat.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...