Orang Malaysia kebiasaannya menyambut hari raya selama sebulan. Di mana-mana ada saja pasti ada jemputan menghadiri rumah terbuka.
Sebut fasal rumah terbuka hari raya, tetamu pastinya dijamu dengan pelbagai juadah dan minuman berkolesterol tinggi seperti lemang, pulut, lontong, sate, rendang ayam, rendang daging, mi kari, mi goreng, cendol, ais batu campur dan banyak lagi.
Bayangkan selama sebulan ini, kita terpaksa menghadapi semua makanan yang enak tetapi tidak sihat dari segi kesihatan ini.
Ini boleh menyebabkan mereka yang kurus naik berat badan, manakala yang sudah sedia berisi berdepan dengan masalah peningkatan tekanan darah, tinggi kolesterol dan tinggi kandungan gula dalam darah.
Menyebut mengenai kolesterol, iaitu sebatian lemak yang diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti membentuk dan memelihara membran, menghasilkan hormon seks, mencerna lemak dan sebagainya.
Antara 80 hingga 90 peratus daripada kolesterol dihasilkan oleh hati, manakala selebihnya diperoleh melalui diet.
Masalah peningkatan kolesterol hanya berlaku apabila penghasilan kolesterol, terutama kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) berlaku secara berlebihan dan tidak dapat dikumuhkan dan badan.
Faktor pemakanan memainkan peranan yang besar yang menyumbang kepada peningkatan kolesterol.
Dengan itu, berhati-hatilah dalam memilih makanan yang kita ambil terutama pada musim perayaan, yang mana kita banyak mengunjungi jamuan hari raya dan rumah terbuka yang menyajikan hidangan yang menyelerakan seperti disebut di atas.
Untuk mengimbangi kelebihan kolesterol yang diambil sepanjang perayaan ini, anda kenalah mengambil lebih banyak jus buah-buahan dan sayuran seperti jus buah oren, belimbing dan jambu batu.
Jus sayuran yang baik untuk merendahkan kandungan kolesterol dalam darah pula ialah jus lobak merah, mentimun dan pegaga. Untuk rasa yang lebih sedap dan segar anda boleh membuat sendiri jus tersebut di rumah.
Bagi lebih berperisa, anda boleh menambahkan sedikit madu, perahan lemon dan gula batu... pastinya anda dan keluarga sangat menggemarinya.
Ingat-ingatlah ketika menghadiri jamuan hari raya atau rumah terbuka kerana makanan yang sedap dan enak biasanya sangat tidak baik untuk kesihatan anda.
Makanan yang mengandungi minyak berlebihan, sajian berdaging berkacang boleh menyebabkan anda mengalami gastrik perut kerana gabungan minyak, daging dan kacang menyebabkan suasana berasid yang berlebihan di dalam perut.
Mereka yang tiba-tiba terkena gastrik akibat makan yang tidak menentu, cubalah minum makanan atau minuman beralkali seperti jus mentimun dan lobak merak atau anda boleh mengambil spirulina untuk meneutralkan asid berlebihan dengan lebih cepat.
Kepada penganjur rumah terbuka, eloklah sediakan menu makanan yang menyihatkan, banyakkan sajian buah-buahan dan sayuran serta salad untuk mengimbangi pengambilan daging dan masakan berminyak yang lain yang turut membarisi hidangan.
Langkah terbaik merendahkan semula kolesterol dan tekanan darah anda ialah dengan menyambung puasa enam hari selepas berhari raya ini.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...