Home » » Adakah Anda Gila Membeli Belah?

Adakah Anda Gila Membeli Belah?

Adakah Anda Impulsive Buyer?

Memang bukan menjadi perkara luar biasa apabila wanita dikatakan suka berbelanja di luar kemampuan mereka. Wanita dikatakan amat suka berbelanja bukan kerana keperluan tetapi keinginan apa lagi di musim perayaan. Tawaran harga murah terus menghimpit kita untuk berbelanja di luar batas kemampuan Maka ramailah yang menjadi impulsive buyer. Menurut Tahira K. Hira, seorang profesor ilmu kekeluarga dan pengguna dari Iowa State University, Impulsive buyer biasanya kurang memiliki kawalan diri dalam melihat barang-barang yang bagus, dan kurang memiliki keutamaan yang jelas dalam berbelanja. Kebanyakan daripada mereka memiliki sindrom “Saya menginginkan barang itu sekarang”, yang membuatnya tidak mampu menunda keinginan tersebut lalu , membeli barang-barang melebihi pendapatannya, mengakibatkan hutang tambahan yang tidak perlu, dan berbagai pertengkaran dalam keluarga.

Setiap orang perlu mengetahui apakah anda termasuk impulsive buyer dengan melihat gejalanya di bawah ini:

1 Berbelanja mengikut perasaan kecewa atau depresi.
2 Memiliki masalah peribadi dan keluarga akibat cara berbelanja yang berlebihan.
3 Sering bertengkar dengan orang lain kerana kebiasaan belanjanya.
4 Merasa tidak lengkap jika tidak membawa kad kredit.
5 Sadar bahawa menghabiskan wang dirasakan sebagai perbuatan yang ceroboh dan dilarang.
6 Merasa bersalah, malu, atau kebingungan setelah berbelanja.
7 Berbohong kepada yang lain, khususnya pasangan, tentang apa yang dibeli dan berapa banyak wang yang sudah dibelanjakan.
8 Sering keliru simpanan dan hutang untuk memenuhi keinginan berbelanja.
9 Merasa tidak berdaya untuk mengatasi dorongan untuk berbelanja.



 
Chatroom