Home » » Animasi Islamik Ibn Batutta setiap ahad jam 9 pagi,TV2

Animasi Islamik Ibn Batutta setiap ahad jam 9 pagi,TV2

Sebuah animasi Islamik berjudul Ibn Batutta menjadi sajian istimewa penonton, terutama kanak-kanak di TV2, setiap ahad jam 9 pagi. Sepanjang 13 episod itu, siri Ibn Battutta dapat menyerikan Ramadan anak-anak yang turut serta beribadah bersama keluarga.

Animasi bahasa Melayu ini mengisahkan Ibn batutta anak kepada seorang kadi terkenal di Maghribi yang ingin mencari pengalaman hidup dengan mengembara. Keinginannya ditentang hebat oleh ayahnya kerana mereka bukanlah dari golongan pengembara.

Episod menarik animasi Ibn Battuta bermula dari Tangiers, kisah serpihan peta Al-Idrisi peninggalan dari zaman pemerintahan Roman menyebabkan Ibn Battuta sanggup menggadaikan cincin dan harta pusaka demi memiliki peta yang mempunyai pelbagai misteri. Tanpa pengetahuannya, seorang waris hartawan yang bernama Dzofrullah juga ingin memiliki peta itu demi kemasyhuran dan kegemilangan. Cabaran Ibn Battuta dalam mendapatkan peta al-Idrisi dapat disaksikan dalam episod Ibn Battuta.

Dalam pengembaraan di Kota Hormuz, Ibn Battuta hairan dengan seluruh penduduk kota ini kelihatan amat bersederhana sehingga sukar membezakan antara yang kaya dan miskin.

Pengembaraannya di Kaherah, menyaksikan pertumpahan darah di antara Sultan Kaherah dan anaknya akibat perselisihan pegangan dan pendapat di antara mereka. Di Ziela pula, Ibn Battuta bertemu dengan seorang pedagang wanita yang telah berjaya membuka mata dan minda bahawa wanita juga mampu menjadi di antara pedagang daging terbaik.

Dalam perjalanan kembali ke pangkuan bapanya yang sedang sakit, Ibn Battuta terkandas dan menjadi tawanan puak kaum asli di Timbuktu. Dapatkah Ibn Batutta berjumpa dengan bapanya semula?



 
Chatroom