Home » » TIP Kawal nafsu ketika berpuasa

TIP Kawal nafsu ketika berpuasa

TIP Kawal nafsu ketika berpuasa

* Berzikir dan mengingati Allah.

* Fokus dan jangan fikir perkara yang boleh melalaikan minda.

* Penuhkan masa dengan beribadat atau lakukan aktiviti berfaedah seperti membaca dan bersenam ringan.

* Jaga tangan, kaki, mata dan telinga daripada melakukan perkara tidak baik atau mengurangkan pahala puasa.

* Hindar diri daripada tertekan, marah atau naik angin kerana ini mungkin boleh membawa kepada perlakuan lebih buruk.

* Pastikan agenda harian yang diatur bersebab atau ada alasan konkrit. Kurangnya fokus menjadi punca kita lalai.

Amalan yang digalakkan sempena Ramadan

1. Mengerjakan solat Tarawih dan solat sunat yang lain.

2. Melakukan ibadah Qiamullail terutama pada sepuluh malam terakhir.

3. Bersedekah.

4. Bertadarus al-Quran.

5. Mengerjakan umrah.

6. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar pada waktu-waktu mustajab.

7. Melaksanakan kewajipanmengeluarkan zakat.

8. Mengeratkan silaturahim.

9. Menjaga pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, pertuturan serta perbuatan daripada melakukan perkara yang sia-sia.

10. Memperbanyakkan doa dan istighfar.

Perkara yang boleh membatalkan puasa

1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja.

2. Memasukkan sesuatu ke dalamdubur atau qubul.

3. Muntah dengan sengaja.

4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.

5. Mengeluarkan mani dengan sengaja (onani).

6. Datang haid (wanita).

7. Gila.

8. Mabuk atau pengsan sepanjang hari dari terbit fajar hingga terbenammatahari.

9. Bersalin (wanita).

10. Murtad.



 
Chatroom