Home » » Sinopsis Filem Karipap Karipap Cinta

Sinopsis Filem Karipap Karipap Cinta

Sinopsis Filem Karipap Karipap Cinta

Filem Karipap Karipap Cinta mengisahkan Ali, seorang pemuda yang bersopan santun tetapi tidak memiliki cita-cita dan motivasi. Dia bekerja di sebuah syarikat akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya mengambil gambar kawasan yang kelihatan seram dan mengubahsuainya menjadi gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Ali jatuh hati kepada seorang kartunis, Sarah. Dalam satu kejadian ragut, Ali cuba menjadi hero tetapi akhirnya Sarah yang menyelamatkannya kerana mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan.

Ali mendapat tahu Sarah pernah menuntut di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai ustazah. Dalam usaha memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong dirinya juga pernah menuntut di universiti sama, tetapi akhirnya pembohongannya terbongkar.

Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terbabit dalam satu pertelingkahan sengit dengan rakan politiknya, Datuk Zaidan. Dia mendapat dokumen sulit dan ingin mendedahkannya dalam akhbar politik miliknya. Ali beranggapan dokumen itu akan merumitkan hubungannya dengan Sarah.

INFO FILEM KARIPAP KARIPAP CINTA

PENGARAH: Hafsham

PENOLONG PENGARAH: Sime Gridgette Zelle

PENERBIT PENYELARAS: RS Paarthipan

CERITA ASAL & LAKON LAYAR: Nazri M Annuar

PENGARAH SENI: Daven R

TERBITAN: Cinematic Sdn Bhd

GENRE: Komedi

JANGKA TAYANG: 2011



 
Chatroom