Zaman tubuh bersaiz kosong atau dalam erti lain kurus kering bagi aktres tinggi lampai, Kareena Kapoor sudah berlalu. Baru-baru ini, Kareena dilihat mendedahkan selulit pada pahanya.
Perkara yang mungkin memalukan dan tidak disedari Kareena itu terjadi dua bulan selepas perkara sama terjadi - sebanyak dua kali iaitu pada pelancaran buku berdasarkan lakon layar filem 3 Idiots pada 7 Jun dan pelancaran sebuah majalah di Sri Lanka.
Biarpun pakar kesihatan tidak menggalakkan wanita memiliki tubuh bersaiz kosong, namun peminat-peminat Kareena bagaimanapun kecewa dengan berita aktres kesayangan mereka itu mempunyai selulit pada pahanya itu.
Seorang peminat Kareena menulis dalam blog fesyen Pinkvilla.com yang berbunyi: "Cuba tengok selulit pada bahagian paha Kareena Kapoor.
"Dia sepatutnya duduk sambil menyembunyikannya. Selulit sepatutnya tidak terdapat pada tubuh wanita yang mendakwa mengamalkan yoga untuk kesihatan."