Resepi Diet - Ayam Kukus dan Sayur-sayuran
Bahan-bahannya
300gm ayam
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 batang serai (ditumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
sedikit lada sulah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
lobak merah+kacang peas+daun sup+bunga kobis (dipotong kecil)
beberapa cili padi (dipotong)
sedikit air asam jawa (gunakan hanya sedikit air)
garam secukup rasa
Cara-caranya
Campurkan semua bahan kecuali sayur dan cili dan perap ayam semalaman atau 3-4 jam.
Kukus ayam yg sudah diperap ini dlm kukusan.
Apabila hampir masak, masukkan sayur dan cili.
Nota: Semasa mengukus, ayam akan mengeluarkan air dan minyaknya sendiri seterusnya menghasilkan sedikit kuah. Selamat mencuba!
Sumber: http://antwo.tblog.com