Home » » Cubaan, program dakwah santai Akhil Hayy di Asto Oasis

Cubaan, program dakwah santai Akhil Hayy di Asto Oasis

Astro Oasis kini tampil dengan program terbarunya, Cubaan.

Program tersebut merupakan sebuah program dakwah yang berkonsep lebih segar dan dilihat menepati kehendak penonton saluran televisyen berbayar itu.

Cubaan membuka tirai siarannya pada 16 Julai ini, setiap hari Sabtu, pukul 7.30 malam di Astro Oasis (Saluran 106).

Program Cubaan dilihat mampu memberi kesedaran kepada orang ramai kerana memaparkan situasi seharian yang kadang kala diabaikan oleh orang ramai.

Cubaan dibuat dalam bentuk rakaman secara kamera tersembunyi.

Sebagai contoh, satu situasi di mana pelakon daripada produksi Cubaan melakonkan watak seorang ibu yang sarat mengandung dan meminta bantuan orang ramai kerana kononnya sudah tiba saat untuk melahirkan bayi dalam kandungan.

Apa yang bakal terjadi dan apa reaksi orang ramai terhadap wanita berkenaan hanya ketahui jika anda menonton program ini.

Apa yang anda saksikan, itulah realiti yang benar-benar terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Sama ada mereka sanggup membantu orang yang tidak dikenali ataupun berpaling kerana enggan menolong.

Penonton tidak perlu bersikap skeptikal apabila menonton program terbaru itu kerana ia menyelitkan mesej yang tersirat tentang sikap rakyat negara ini.


Bukan niat untuk mempersendakan mana-mana pihak tetapi apa yang dipaparkan dalam Cubaan bertujuan untuk membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat kita.Dengan adanya program terbaru itu nanti, sekurang-kurangnya penonton mendapat kesedaran untuk menjalani kehidupan sebagai insan yang berbudi.



 
Chatroom