Home » » Panduan membeli barang dalam tin

Panduan membeli barang dalam tin

Tips membeli barang dalam tin
Label pada pembungkus makanan dan barangan boleh mempengaruhi pembeli.

Sebagai pengguna yang bijak, kita tidak harus terpengaruh dengan hiasan, perkataan dan warna pada label atau pembungkus.

Lihat dulu mutu barangan dan tarikh akhir penggunaan bagi makanan, seperti roti, susu, cokelat, minyak masak, krim, jus dan seumpamanya.

Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan menurunkan beberapa panduan sebelum membeli-belah:

* Teliti bahan yang terkandung di dalam pembungkus makanan untuk memastikan tahap kolestrol, karbohidrat, lemak, gula dan garam.

* Elak membeli makanan dalam tin yang berkarat, kemek atau menggelembung.


* Pastikan makanan yang anda ingin beli diletak di dalam keadaan baik dan belum melewati tarikh akhir yang memerlukan penandaan tarikh.

* Elak membeli makanan yang tamat tempoh walaupun dijual pada harga lebih murah. Ini kerana makan itu mungkin sudah rosak dan boleh membahayakan kesihatan.

* Baca dan teliti arahan cara menyimpan yang dinyatakan di dalam label.

Ini untuk mengelak makanan menjadi rosak sebelum tamat tarikh akhir.





 
Chatroom