Home » » Terapi Dr Jism atau Family Dr untuk menurunkan berat badan

Terapi Dr Jism atau Family Dr untuk menurunkan berat badan

Untuk menurunkan berat badan, selain berjinak-jinak dengan gimnasium atau trek joging, bermain futsal atau menunggang basikal, anda boleh melakukan terapi Dr Jism atau Family Dr untuk menurunkan berat badan, mengawal obesiti dan mencegah pelbagai jenis penyakit.

Dr Jism dan Family Dr ialah terapi menggunakan konsep arus elektrostatik untuk membuang lebihan lemak yang mungkin degil untuk keluar selain melancarkan perjalanan darah.

Terapi yang dikeluarkan syarikat Bumiputera ini menggunakan konsep getaran arus bagi mengembalikan kesihatan dan memastikan anda cergas serta dapat melakukan tugas seharian dengan lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group Sdn Bhd, Kamaruzaman Che Hussain berkata, orang ramai tidak perlu bimbang menggunakan terapi itu kerana ia bukan produk baru, sebaliknya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa selain banyak digunakan di beberapa hospital di Eropah dan Jepun.

Malah, kajian yang dilakukan kepada pesakit yang menggunakan Dr Jism dan Family Dr mendapati terapi ini membantu mereka merawat pelbagai jenis penyakit kronik selain membuang partikal lemak yang melekat di dalam tubuh dan melancar perjalanan darah.

Terapi Dr Jism dan Family Dr adalah produk kesihatan mampu milik kerana harganya lebih murah berbanding pesaing. Jika seseorang membeli ubat untuk merawat penyakit mereka pun, ia pasti mengambil jumlah yang lebih daripada itu.

Terapi yang istimewa ini memiliki kelebihan terapi arus elektrostatik, termasuk voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif. Fungsi yang dimiliki membantu membuang lemak dan kolesterol dalam darah.

Terapi elektrostatik ini menggunakan konsep getaran arus bagi melancar serta memecahkan lemak pada kapilari darah. Pesakit akan merasakan arus itu mengalir dalam tubuh tetapi ia tidak menyakitkan sebaliknya memberi kelegaan dan rawatan.

"Jika digunakan berterusan untuk tempoh yang lama, ia membantu membersihkan saluran darah yang tersumbat dan lemak yang menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit yang melanda masyarakat hari ini.

Dr Jism membantu merawat penyakit jenis berbahaya yang sering melanda masyarakat kita hari ini.

Dalam kes pesakit berkaitan dengan saraf yang menyebabkan tangan selalu menggeletar sehingga sukar melakukan kerja harian, selepas beberapa sesi terapi, ada beberapa perubahan yang tidak pernah diduga sebelum ini.

Pesakit berkenaan mendapati dia dapat tidur dengan nyenyak pada waktu malam, malah boleh berjalan dengan cepat tanpa menggunakan tongkat.

Begitu juga bagi pesakit yang mempunyai kadar gula tinggi dalam badan selain tekanan darah, selepas beberapa kali menggunakan terapi ini, bacaan gula menurun dan tekanan darah stabil.

"Terapi Dr Jism dan Family Dr membantu orang ramai mendapatkan kehidupan lebih sihat," katanya.

Hubungi 03-87393209, 03-87393254 atau 012-9755218 atau laman web www.aljabbargroup.com untuk maklumat lanjut.

Anda juga boleh datang ke ibu pejabat Al Jabbar Group Sdn Bhd di No 12, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor. Operasi bilik pameran dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam.



 
Chatroom