Home » » Testimoni mesin terapi dR-Prestige, dR Rozmey

Testimoni mesin terapi dR-Prestige, dR Rozmey

Sejak menggunakan mesin dR-Prestige keluaran dR Rozmey Group (dRG), saya sudah boleh bergerak dengan baik dan tidak lagi mengalami sakit lutut serta sendi kaki yang dialami sejak tiga tahun lalu.

"Berikutan itu, saya akan terus menggunakan mesin terapi dR-Prestige untuk mendapatkan kesan lebih baik tanpa perlu bergantung kepada ubat dibeli di farmasi," kata Othma Hanafiah.

Othma, 65, berkata dia bertuah apabila syarikat dRG bermurah hati menawarkan rawatan percuma kepada golongan mengalami masalah sakit lutut dan badan untuk menggunakan kemudahan mesin berkenaan.

Menurutnya, pada masa sama, rumahnya di Kampung Panchor, Jalan Wang Tepus, Jitra, Kedah juga hampir dengan ibu pejabat dRG, sekali gus membolehkannya hadir di ruang pameran syarikat itu dan mencuba mesin dR-Prestige.

"Sebelum ini saya mengalami masalah menunaikan solat kerana kaki terasa sakit.

"Sepanjang menderita sakit ini, saya terpaksa membeli ubat di farmasi, tetapi hanya sementara kerana ia datang semula dan keadaan bertambah teruk," katanya.

Katanya, dia mengetahui mengenai mesin dR-Prestige selepas terbaca dalam Harian Metro sejak peralatan itu dipasarkan pada 2009 lalu berminat mencuba merasai sendiri mesin terapi elektrostatik, sekali gus membantu menangani masalahnya.

"Kakitangan dRG turut mengesyorkan supaya menggunakan bersama produk Doc-K untuk meringankan masalah dihadapi serta mengurangkan masalah sakit sendi dan lutut serta mengembalikan semula tenaga," katanya.


Othma yang juga ibu kepada lima anak itu berkata, selepas berulang-alik selama tiga bulan di ibu pejabat dRG bagi mencuba rawatan mesin berkenaan, dia merasai perubahan apabila kakinya kini lebih selesa dan mampu digerakkan dengan sempurna tanpa sebarang masalah.

Menurutnya, setakat ini dia masih berulang-alik ke dRG untuk menggunakan mesin terapi elektrostatik itu bagi memperoleh kesan lebih baik berikutan faktor usia yang semakin meningkat.

"Sejak menggunakan mesin terapi itu, kaki tidak lagi terasa sakit, malah lutut sudah boleh digerakkan tanpa sebarang masalah," katanya.

Justeru, mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai mesin terapi elektrostatik boleh menghubunginya di talian 012-5397933.

Sementara itu, Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, produk dR Prestige keluaran syarikatnya dicipta untuk elektroterapi dan berkesan untuk menangani masalah penyakit yang tidak diketahui punca.

Beliau berkata, kaedah penggunaan mesin itu begitu mudah dan boleh digunakan sambil menonton televisyen, membaca buku atau mendengar radio.

"Sebuah mesin dR Prestige bernilai RM13,450 tetapi mereka yang berminat mencuba boleh datang ke ibu pejabat dRG Jitra bila-bila masa secara percuma tanpa mengira golongan dan peringkat usia," katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna membeli produk keluaran syarikatnya secara dalam talian daripada pengedar sah dilantik atau melalui kaunter di Bandar Darulaman, Jitra untuk memastikan produk dibeli itu tulen.

Menurutnya, produk tiruan menggunakan cara pembungkusan sama dengan produk tulen, cuma ramuan digunakan tidak diketahui dibimbangi boleh mengakibatkan masalah kesihatan.

"Syarikat kami tidak bertanggungjawab jika pengguna mengalami masalah kesihatan tetapi hanya boleh membantu memberi nasihat dan cara pemakanan betul selepas mereka disahkan kembali sihat," katanya.

Menurutnya, pengguna dinasihatkan membeli produk dRG melalui pengedar aktif melalui laman sosial facebook, twitter, Blogger, Tagged dan MySpace atau laman web, dRBook.biz untuk berinteraksi atau datang terus ke kaunter dRG di Jitra, Kedah.

Katanya, pengguna boleh melayari laman web www. herbaprima.com.my atau Li- nk Facebook www.facebook.com/datukdrrozmey- hpm atau www.drplaces. com atau menghantar e-mel di sales@herbaprima.com.my atau drrozmey@gmail.com.

Info mesin terapi dR-Prestige, dR Rozmey

Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 019-4209708, 012-5330319, 012-5330276, 04-9164262, 04-9175845 dan 04-9178026 atau menghantar faksimili di talian 04-9178566 atau 04-9174566.



 
Chatroom