Home » » Moisture Surge Intense Skin Fortifying Hydrator Clinique

Moisture Surge Intense Skin Fortifying Hydrator Clinique

Kulit lembut dalam 8 minggu
Wanita yang mengalami masalah kulit terutama kulit kering pada bahagian wajah sentiasa berada dalam dilema untuk tampil lebih berseri, cantik dan menawan.

Ini kerana, mereka menghadapi kesulitan untuk memilih produk penjagaan wajah atau kosmetik yang bersesuaian dengan kulit. Ada juga yang mencuba pelbagai jenis produk namun masalah kulit yang dialami masih lagi belum pulih.

Umum mengetahui bahawa masalah kulit kering ini berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya disebabkan oleh perubahan cuaca, pemilihan alat solek yang tidak tepat dan sinaran matahari.

Rata-rata mereka juga mencuba pelbagai cara yang boleh diamalkan untuk mengatasinya seperti minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari serta makan makanan berkualiti yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain itu, membasuh muka tidak lebih daripada dua kali sehari dengan pembersih muka kerana cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka.

Itulah antara kaedah alternatif lain yang boleh dilakukan wanita yang mengalami masalah kulit kering disebabkan mahu memiliki kulit yang normal dan lembap.

Memahami kekurangan itu, jenama terkenal, Clinique, sekali lagi tampil memperkenalkan produk baru mereka dikenali sebagai Moisture Surge Intense Skin Fortifying Hydrator.

Moisture Surge Intense Skin Fortifying Hydrator Clinique

Moisture Surge Intense Skin Fortifying Hydrator Clinique

Produk ini adalah serum yang dihasilkan dalam bentuk gabungan gel dan krim untuk mengeluarkan pemilik kulit kering daripada belenggu masalah mereka seterusnya memiliki kulit wajah yang lebih lembap, sihat, lembut dan halus.

Penghasilan produk ini adalah kesinambungan daripada Moisture Surge yang dikeluarkan Clinique pada 1988. Kini, penghasilannya diperbaiki seiring dengan pertumbuhan teknologi.

Menggunakan konsep pemulihan di peringkat halangan kelembapan, ia akan meresap ke dalam wajah dan membuatkan pengguna berasa sentiasa selesa dalam tempoh seharian penggunaannya.

Ujian klinikal yang dilakukan ke atasnya juga membuktikan kulit akan menjadi 40 peratus lebih lembut dan lembap dalam jangka waktu lapan minggu.

Produk baru ini mengandungi beberapa bahan aktif menerusi penghidratan tahap maksimum dan teknologi pembaikan penghalang lembapan yang dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menjawab keperluan kulit kering yang dikenal pasti oleh Clinique.

Melalui penghidratan pada tahap maksimum, formula itu mengandungi ramuan yang bertindak secara sinergi untuk menarik, mengekal dan mengikat lembapan pada kulit.

Setiap ramuan itu juga mempunyai beberapa mod tindakan seperti buah zaitun, ekstrak ahnfeltia concinn, sodium hyaluronate, glycerin dan jus daun aloe barbadensis yang antara lain bertindak dengan memberikan dan mengekalkan kelembapan, menggalakkan pertumbuhan sel baru serta melembutkan kulit wajah.

Teknologi pembaikan penghalang lembapan pula dituntut untuk mewujudkan lapisan emolien pada permukaan kulit di samping menggalakkan pengeluaran lipid atau lemak.

Ramuan seperti kolesterol, pyridoxine dipalmitate (vitamin B6), asid linoleic dan ekstrak gandum serta buah zaitun membantu memulihkan lapisan pada kulit yang selama ini terhalang oleh lipid.

Produk ini boleh digunakan pada waktu pagi atau malam selepas melakukan rutin pembersihan wajah yang betul. Ia mula didapati di semua kaunter Clinique bermula 13 Februari ini pada harga RM165 (50 mililiter).




 
Chatroom