Tips Mengekalkan Kesegaran Bunga Hidup
Seronoknya menerima kejutan sejambak bunga hidup daripada insan istimewa. Apatah lagi jika karangan bunga itu diterima sempena hari lahir, majlis konvokesyen atau ulang tahun perhubungan dengan si dia.
Tentu hati berbunga-bunga berseri seperti bunga yang diterima. Tapi sayangnya bunga segar akan layu untuk satu tempoh singkat. Sudah tentu anda ingin agar kenangan itu abadi. Bagaimana anda boleh lakukan supaya jambangan bunga tetap cantik dan menarik untuk satu tempoh masa lebih lama? Ikut saja panduan di bawah:
Bunga-bunga potong atau juga boleh disebut bunga segar umumnya amat memerlukan air yang mencukupi. Sukatan, dalam sehari, bunga boleh 'minum' hampir satu perempat daripada ukuran vasnya.
Jika anda menerima jambangan bunga segar dalam bentuk vas berisi air, perkara kedua selepas anda membelek kad pengirim ialah periksa sukatan air dalam vas tersebut. Tambahkan air agar ia mencukupi.
Cara seterusnya ialah dengan menggantikan air bersih setiap hari dan selalu isi sampai penuh. Jika jambangan bunga segar anda menggunakan floral foam (oasis), jaga agar oasis tersebut sentiasa lembap. Jika anda menerima jambangan bunga segar dalam kotak khas pula, segera pindahkan bunga tersebut ke dalam vas dan
tambah air baru.
Gubahan bunga jenis ini memerlukan air bersih sekurangkurangnya tiga kali sehari untuk kekal lebih lama. Mereka yang pakar dengan bunga-bunga juga mempunyai 'petua' sendiri. Golongan ini percaya, dengan menaburkan sedikit garam masak membuat bunga bertahan lama. Perlu diingatkan bila anda mengganti air dalam pasu bunga, potong sekali tangkai yang paling bawah.
Bersihkan daun-daun yang sudah rosak kerana jika dibiarkan ia boleh menyebarkan bakteria dalam air dan seterusnya merosakkan bunga tersebut dengan cepat.Jangan letakkan jambangan bunga anda terus di bawah sinaran matahari. Bunga tersebut juga tidak boleh diletakkan di atas peralatan elektronik seperti ketuhar gelombang mikro atau televisyen kerana peralatan elektronik tersebut mampu menyebabkan kekeringan pada bunga anda.
Pastikan bunga anda berada dalam suasana yang sejuk dan pengudaraan yang secukupnya.