Home » » Sinopsis Drama Atas Nama Cinta bermula 13 Februari 2012

Sinopsis Drama Atas Nama Cinta bermula 13 Februari 2012

Sinopsis Drama Atas Nama Cinta

Drama bersiri Atas Nama Cinta menceritakan tentang cinta tiga segi di antara Cinta (Fiza), Ghaz (Shah), Tengku Farezz (Shahrizal) dan Balkish (Tasha Shila). Cinta dan Ghaz mula berkawan sejak kecil lagi dan sering melindungi Cinta jika diganggu oleh kanak-kanak nakal di kampung. Kemudian, timbullah bibit-bibit cinta antara kedua-dua mereka. Bagaimanapun cinta mereka tergantung apabila Ghaz dibawa lari oleh keluarga angkatnya ke Perth.

Cinta pula ditipu kononnya Ghaz telah meninggal dunia dalam kemalangan. Selepas 15 tahun berlalu, Cinta berpeluang untuk menyertai sebuah kursus di Perth selama dua minggu lalu bertemu lelaki yang pernah menyelamatkannya dahulu, Tengku Farezz. Farezz memperkenalkan Cinta kepada teman karibnya, Ghaz. Bermula di situlah, Cinta dan Ghaz merasai sesuatu bahawa mereka pernah mengenali antara satu sama lain.

Drama Atas Nama Cinta diarahkan oleh Shaffi Khan (episod 1 hingga 6) dan Raja Ahmad Alauddin (episod 7 hingga 24) itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis bermula 13 Februari 2012.

Saksikan Drama Atas Nama Cinta



 
Chatroom