Home » » Ubah persepsi coklat menggemukkan

Ubah persepsi coklat menggemukkan

Umumnya masyarakat beranggapan bahawa coklat adalah menggemukkan, penyebab kerosakan gigi dan kencing manis. Sebenarnya, kajian telah membuktikan bahawa coklat mempunyai khasiat yang tinggi dan memberi manfaat kesihatan.

Masyarakat kini tidak perlu bimbang untuk mengambil coklat kerana berdasarkan kajian, lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2 peratus asid oleic iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.

Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol. Coklat dan serbuk koko juga mengandungi phenol, sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung.





Phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri. Selain itu, coklat juga mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti rekreasi yang lain.

Selain daripada itu, kandungan flavanols, sejenis flavanoid yang pada coklat adalah sumber antioksidan yang tinggi yang baik untuk tubuh terutama untuk awet muda.

Coklat juga adalah salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan. Beberapa kandungan khasiat dalam coklat mempunyai reaksi positif terhadap kimia otak dan dipercayai mempengaruhi perangai atau perasaan seseorang. Perasaan ini dikaitkan dengan memakan coklat kerana setelah memakan coklat otak akan mengeluarkan sejenis bahan semula jadi yang diketahui boleh mengurangkan kesakitan dan menimbulkan perasaan seronok.



 
Chatroom