Home » » Resepi Puding Telur

Resepi Puding Telur

Resepi Puding Telur

Bahan-bahan:

8 biji telur
¾ tin susu pekat
1 ¼ tin air
1 sudu kecil esen ros
1 tin koktel buah-buahan

Cara membuat:

1.     Pukul telur sehingga kembang.

2.     Kemudian masukkan pula susu pekat. Kacau sehingga sebati.

3.     Masukkan air dan esen ros. Kacau lagi sehingga adunan larut.

4.     Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan kukus sehingga masak.

5.     Simpan di dalam peti sejuk dan hidangkan bersama buah-buahan campuran.



 
Chatroom