Penyakit tonsilitis iaitu radang pada tonsil
Sakit tekak ketika demam sering dialami golongan dewasa dan kanak-kanak yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menelan makanan.
Situasi tersebut juga mengakibatkan tubuh seseorang itu berasa tidak selesa.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Mohamad memberitahu, sakit tekak merupakan simptom yang biasa berlaku.
Puncanya adalah kerana radang pada bahagian tonsil iaitu kelenjar limfoid yang terdapat di kanan dan kiri tekak, kerongkong serta larinks (saluran pernafasan yang mengandungi peti suara).
Jangkitan
Sakit tekak juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit tonsilitis iaitu radang pada tonsil.
Tonsilitis berpunca daripada keradangan pada kelenjar tonsil.
Tonsil merujuk kepada sejenis kelenjar limfoid yang berfungsi sebagai pelindung saluran pernafasan daripada dijangkiti kuman terutamanya kanak-kanak apabila sistem imuniti badannya belum terbentuk dan matang sepenuhnya.
“Namun, tisu tonsil itu sendiri tidak terkecuali dijangkiti dan mengalami keradangan berpunca akibat jangkitan bakteria atau virus,” katanya.
Irfan memberitahu, satu episod jangkitan dikenali sebagai tonsilitis akut dan tonsilitis berulang akan berlaku.
“Jangkitan itu menyebabkan tonsil luka dan bengkak di bahagian leher,” katanya.
Dia berkata, sakit tekak juga menyebabkan berlakunya penyakit abses peritonsil.
“Abses perintosil pula adalah jangkitan di kawasan sekitar tonsil yang mengakibatkan pengumpulan nanah membuatkan penghidapnya sukar untuk makan, bertutur serta membuka mulut,” katanya.
Lelaki ini menambah, semua penyakit itu disebabkan oleh kuman, virus dan bakteria.
Faktor penyakit keturunan dan penyakit berjangkit tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan penyakit itu.
Irfan menjelaskan, tonsilitis sering menjangkiti kanak-kanak. Abes perintosil pula banyak dihidapi golongan dewasa.
Sawan
“Kedudukan tonsilitis di kawasan saluran pemakanan dan pernafasan disertai demam boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat melakukan tugasan seharian di sekolah dan tempat kerja.
“Bagi tonsilitis akut pula, kelenjar tonsil akan semakin membesar sehingga menyebabkan saluran pernafasan terganggu,
“Kanak-kanak mungkin tidak ingin makan kerana aktiviti menelan akan menyebabkan kesakitan kerana ketulan makanan bergeser dengan tisu tonsil yang mengalami keradangan,” kata Irfan.
Namun, tonsilitis juga boleh memengundang bahaya kepada kanak-kanak.
“Jika mendapat tonsilitis, kanak-kanak biasanya akan menghadapi kesan yang lebih ketara berbanding golongan dewasa.
“Ia adalah kerana diameter saluran tekak mereka lebih kecil. Bagi kanak-kanak kecil, mereka hanya akan menangis,” katanya.
Ada juga kanak-kanak yang mendapat sawan kerana suhu badan yang tinggi.
Penyakit itu juga menyebabkan nafas berbau.
“Keadaan tersebut menyebabkan seseorang itu tidak berasa selesa.
“Seseorang yang menghidap penyakit itu juga malu dengan penampilan mereka.
“Namun, sekiranya mereka berjumpa dengan doktor lebih awal, keadaan seperti itu boleh dielakkan,” katanya.
Menurut Dr. Irfan, penyakit itu jarang membawa maut.
Dia berkata, seseorang pesakit itu akan segera berjumpa dengan doktor selepas berasa sakit tekak.
“Dalam kes-kes tertentu, pesakit perlu dimasukkan ke dalam wad untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Penyakit itu berlaku di seluruh dunia termasuk di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat (AS).
Jelas Irfan, tonsilitis boleh sembuh dengan pemberian antibiotik dalam tempoh seminggu.
“Bagi abses peritonsil, sebaik sahaja abses (nanah) dialirkan keluar, penghidap akan terus sembuh.
“Dalam kes jangkitan berulang, tonsilitis atau abses peritonsil, pembedahan akan dilakukan untuk membuang tonsil.
“Prosedur pembedahan ringkas mengambil masa tidak sampai satu jam.
“Pada kebiasaannya, pesakit akan dibenarkan pulang pada keesokan hari selepas pembedahan tersebut dilakukan,” kata Irfan. ~Kosmo