Home » Sawit dan kolesterol

Sawit dan kolesterol

Rakyat Malaysia menggunakan minyak masak dan santan setiap hari dalam kebanyakan jenis masakan.

Minyak kelapa sawit dan isirung kelapa sawit tergolong dalam kumpulan minyak yang mengandungi lemak tepu yang tinggi tetapi rendah kandungan asid lemak mono tak tepu (MUFA) dan asid lemak poli tak tepu (PUFA). Walaupun lemak tepu dikelaskan sebagai lemak tidak baik, tidak semua mempunyai kesan negatif terhadap kolesterol dalam badan.

Ada kajian yang menunjukkan asid palmitic dalam minyak kelapa sawit neutral terhadap paras kolesterol kerana ia membahagi secara sama rata kepada tiga bahagian utama molekul triglyceride.

Dalam satu kajian oleh saintis dari Amerika Syarikat pada 2007 mendapati, pengambilan lemak tepu dan PUFA diperlukan untuk nisbah kolestrol LDL (kolestrol tidak baik, bahan penyebab sakit jantung dan darah tinggi)/HDL (kolesterol baik) yang ideal dalam darah. Ini berikutan kedua-duanya menyumbangkan keseimbangan dalam proses metabolisme lipoprotein.

Dalam pada itu santan alternatif daripada minyak kelapa sawit didapati lebih enak dibuat kari berbanding santan kelapa. Malah, yang lebih menarik santan itu juga bebas daripada kolesterol LDL dan sebaliknya mengandungi kolesterol HDL yang diperlukan dalam sistem pertahanan badan.

Ada khasiat pemakanan semula jadi dalam santan sawit yang tidak terdapat dalam santan kelapa, seperti Vitamin A dan E dan gabungan unik tocopherol dan tocotrienol iaitu bahan antioksidan bagi melambatkan santan menjadi basi.



 
Chatroom