Makanan bukan untuk beri mudarat
Laporan portal berita atas talian menyatakan 31.8 peratus orang dewasa Amerika Syarikat secara klinikal dikategorikan sebagai obes. Ini satu angka yang luar biasa, memandangkan ia kira-kira dua kali ganda daripada kadar dicatatkan negara itu pada 1995.
Negara kita juga berdepan dengan masalah sama. Malah, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam satu laporan September lalu dipetik berkata, seorang daripada setiap tiga penduduk mengalami masalah kegemukan atau memiliki berat badan berlebihan.
Menurutnya, ia berikutan tabiat rakyat Malaysia yang gemar 'menjamu selera', tetapi kurang melakukan aktiviti fizikal dan bersenam.
Ramai orang tidak kisah soal makan. Mereka makan mengikut kemahuan, bukannya keperluan. Bagi yang suka makan segalanya tidak ditolak, bahkan semua makanan dilihat menyelerakan.
Tambahan pula masyarakat kita yang berbilang kaum dan budaya terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan cita rasa. Sebut saja menu dikehendaki, semuanya terhidang dan boleh diusahakan.
Dulu kita sering mendengar orang mengatakan 'makan untuk hidup', tapi kini ia semakin dilupakan. Sebaliknya yang semakin kedengaran ialah 'makan untuk mati' seperti yang diketengahkan media. Ia bukanlah untuk menyindir sesiapa, tapi ada kebenarannya.
Umum mengetahui terlebih makan akan mengakibatkan serangan sakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Di Mexico misalnya, kira-kira 14 peratus penduduknya menghidap penyakit berkenaan yang membunuh 80,000 orang setiap tahun.
Apabila mengalami berat badan berlebihan seseorang itu juga terpaksa menanggung pelbagai kos sampingan, contohnya untuk membiayai pemeriksaan dan rawatan kesihatan, pengambilan makanan tambahan dan aktiviti senaman berkala.
Belum lagi mengambil kira aspek lain termasuk dari sudut psikologi dan kehidupan sosial yang kadangkala membuatkan ia hambar kerana tidak dapat melakukan aktiviti kecergasan seperti yang lain.
Malah, ditinjau dari sudut agama, pemakanan secara berlebihan sangat tidak digalakkan, sebaliknya dengan cara sederhana.
Hal ini jelas diterangkan dalam surah al-A'raf, ayat 31 bermaksud: "...makanlah dan minumlah dan jangan kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."
Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Minhaj al-Abidin menerangkan 10 gejala utama akibat makan berlebihan dan antara yang sempat dikongsi bersama pada siri ini ialah:
* Menjadikan hati keras dan memadamkan sinarnya
Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Janganlah kamu mematikan hati dengan makan dan minum berlebihan, meskipun makanan dan minuman itu halal. Ini kerana hati diibaratkan sebagai tumbuhan. Jika terlalu banyak disiram, ia akan mati."
Orang soleh memberikan suatu perumpamaan: "Perut diibaratkan kuali, terletak di bawah hati. Apabila ia mendidih, asapnya akan terkena pada hati dan apabila terlalu banyak asap, hati akan menjadi kotor dan hitam."
* Menimbulkan kebimbangan dan gejolak pada anggota badan, malah akan mengheret manusia kepada perbuatan hampa, berlebihan dan rosak
Seseorang yang perutnya kenyang cenderung untuk lupa daratan, ingin melihat perkara haram, tidak bermanfaat dan berlebihan. Begitu jugalah dengan anggotanya yang lain seperti telinga, lidah, faraj dan kakinya.
Hal ini berbeza dengan keadaan ketika lapar kerana seluruh anggota badannya berasa tenteram, tidak bernafsu mengerjakan perkara tidak bermanfaat, haram dan berlebihan.
* Buat akal fikiran dan ilmu pengetahuan menjadi sempit
Benar sekali apa yang dikatakan Daruqutni: "Jika engkau menginginkan sesuatu di antara keperluan dunia dan akhirat, janganlah makan dahulu sebelum tercapai maksud berkenaan kerana makanan boleh menjadikan fikiran lesu."
* Mengakibatkan seseorang berasa malas untuk beribadat
Hal ini kerana kebanyakan makanan menjadikan badan berat dan mata mengantuk, malah anggota badan lain juga lesu sehingga keadaannya menjadi seolah-olah bangkai yang dibuang.
Nabi Yahya AS menceritakan, baginda bertemu dengan iblis yang membawa suatu barang. Lalu baginda bertanya, untuk apa barang itu? Iblis menjawab: "Barang itu adalah syahwat untuk memancing anak cucu (Nabi) Adam."
Baginda bertanya lagi: "Apakah padaku ada sesuatu yang dapat kau pancing?" Jawab iblis: "Tidak ada. Hanya pernah terjadi pada suatu malam, apabila kamu makan sehingga terlalu kenyang dan kami dapat menarik kamu sehingga kamu berasa berat mengerjakan solat."
Nabi Yahya berkata: "Jika begitu aku tidak akan makan terlalu kenyang lagi sepanjang hidupku ini."
Iblis berkata: "Hah, menyesalnya kami rasa kerana membuka rahsia ini. Untuk waktu yang akan datang kami tidak akan menceritakan lagi rahsia ini, walaupun kepada sesiapa."
Oleh Idris Musa
Penulis Penolong Pengarang Rencana Harian Metro