Home » » » Diet Artis: Diana Danielle tidak makan nasi semasa dan selepas bersalin

Diet Artis: Diana Danielle tidak makan nasi semasa dan selepas bersalin

Rahsia Diana Danielle kekal lamgsing

Walaupun setelah melahirkan anak, Diana Danielle tetap kelihatan sangat langsing dan semakin cantik seperti anak dara.

Ditanya apakah rahsia memiliki bentuk badan yang cantik selepas bersalin, Diana menjawab ianya disebabkan kadar metabolisma di dalam badannya yang tinggi tanpa mengamalkan apa-apa petua.

Namun menurut Farid Kamil yang turut bersama isterinya semalam, Diana tidak menjamah nasi sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah ke hari ini.

Saya pernah berjanji kepada Diana untuk memastikan bentuk badannya kekal seperti asal selepas berkahwin. Dan disebabkan itu, dia kena ikut prosedur saya.


Sewaktu mengandung, Diana tidak makan nasi dan lauk kari langsung. Dia cuma makan buah-buahan dan protein seperti ikan salmon untuk memberikan zat yang cukup kepada bayi.

Selepas bersalin pun dia tak makan nasi, belum boleh lagi. Tunggulah dalam masa enam bulan nanti.

Farid Kamil turut menyekat perbelanjaan makanan ringan Diana sewaktu belajar di Australia bagi mengawal pemakanan isterinya.

Kredit: Ohbulan



 
Chatroom