Home » » Diet yang baik untuk rambut

Diet yang baik untuk rambut

Diet yang baik untuk rambut


Untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat kita perlu mengambil makanan yang berkhasiat yang cukup nutrisi setiap hari. Jika makanan yang dimakan tidak cukup nutrisi, sel-sel rambut akan rosak dan akan menyebabkan rambut menjadi kering, hujung rambut bercabang dan berkelemumur.


* Protein: Boleh didapati daripada ikan, telur dan susu.

* Vitamin A: Sayuran berdaun hijau dan beta karotena penting untuk mengekalkan kesihatan tisu kulit kepala.

* Vitamin B: Susu, bijirin penuh dan sayuran hijau bagi yang meningkatkan metabolisme sel kulit kepala.

* Vitamin C: Buah*buahan dan sayuran yang membekalkan antioksidan semula jadi bagi memastikan pembentukan kolagen.

* Zink: Daging, makanan laut, telur dan susu bagi mengelakkan rambut kering dan kulit kepala berminyak.

* Kuprum: Bijirin penuh, tiram, legum dan kekacang, penting untuk mengekalkan warna dan struktur rambut

* Zat Besi: Aprikot, brokoli, kacang merah panggang untuk menambah baik bekalan darah dan oksigen ke rambut

* Iodin: Makanan laut dan sayuran untuk membantu mengawal hormon tiroid.

* Air: Minum banyak air untuk menjamin kelembapan rambut dan kulit kepala.

Visit:
 http://anizyn.blogspot.com/



 
Chatroom