Home » » Sinopsis Hello, filem lakonan Fizo Omar, Along Cham

Sinopsis Hello, filem lakonan Fizo Omar, Along Cham

Sinopsis Filem Hello

Hello mengisahkan 3 orang jejaka di sebuah kampung yang sangat terkenal di kalangan masyarakat setempat iaitu Ako, Aki, dan Awang. Mereka adalah sahabat baik yang sering menjadi bualan penduduk kampung kerana gelagat dan keletah mereka yang melucukan. Mereka bekerja dengan Pak Man yang berasal dari Jawa. Suatu hari anak bongsu Pak Man pulang dari Luar Negara.

Pak Man bersama isteri, Mak Jah dan anak sulong mereka Ani sangat gembira dengan berita itu dan meraikan kepulangan anak mereka secara besar-besaran. Ako, Aki, dan Awang yang sebenarnya amat meminati anak bongsu Pak Man itu telah ditugaskan untuk menjemput anaknya di Lapangan terbang. Disitulah terjadinya aksi-aksi yang melucukan. Misha berhasrat untuk menjadi seorang doktor dan meneruskan cita-citanya ke Kuala Lumpur, setibanya di kuala lumpur terjadinya satu tragedi dimana Misha diragut dan menyebabkan dia cedera,hilang arah dan pengsan.

Filem Hello

Misha telah diselamatkan oleh Shafiq, seorang doktor yang telah lama kematian isteri tetapi sangat setia dengan arwah isterinya walaubagaimanapun telah jatuh hati pada misha kerana Misha mempunyai wajah mirip arwah isterinya Sheila. Misha tinggal bersama edah adik kandung Dr.Shafiq sepanjang rawatannya dan dari situ shafiq mula merasakan sesuatu.Pak Man pula meminta Ako, Aki, dan Awang untuk menjemput Misha di Bandar.

Pelbagai ragam serta lawak jenaka mereka yang mencuit hati sepanjang dan setibanya mereka di Kuala Lumpur. Selepas Misha pulang ke kampung, Shafiq bertekad meluahkan perasaan cinta yang terbuku dihatinya. Akhirnya shafiq berjaya bertemu Misha dan berterus terang meluahkan cintanya tetapi ditolak oleh misha atas sebab Misha merasakan Shafiq mencintainya hanya kerana wajahnya mirip Sheila arwah isteri Shafiq.

Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka?

Adakah Misha akan menerima cinta Shafiq semudah itu? Nantikan Kemunculan Filem “Hello”

Pelakon Hello: Fizo Omar, Tauke Jambu, Along Cham, Angah Raja Lawak, Herman Tino, Acong, Amran, Isma AF7

Pengarah: AR Badul

Trailer Filem Hello



 
Chatroom