Sihir pelalau
Azizah dikenali seorang yang peramah, cantik, bijak dan memiliki sifat kewanitaan yang didambakan lelaki. Bidang tugasnya yang sering berhubung dengan orang ramai menjadikan dia disenangi, malah ramai lelaki yang tertawan dan ingin menyuntingnya sebagai isteri.
Cintanya dengan Mazlan paling hangat. Mereka bertunang dan hampir berkahwin, tetapi akhirnya terputus atas sebab yang tidak pasti. Sejak itu, bukan tidak ada lelaki yang hadir dalam hidupnya, tapi semuanya seakan tidak serasi dan ditolak.
Ada kala, Azizah suka dan amat merindui teman lelakinya, tapi akhirnya bertukar benci. Dalam usia sebegitu, wanita sepatutnya semakin resah jika tidak berkahwin sedangkan usia meningkat dari setahun ke setahun. Bukan sengaja menolak jodoh atau ingin digelar andartu, tapi dia sendiri pun tidak tahu kenapa dirinya dibelenggu perasaan begitu.
Malah, wanita tinggi lampai ini selalu melawan gejolak jiwanya dan memberontak supaya hasrat untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki tidak wajar diteruskan.
Kata Azizah, fikirannya selalu runsing, manakala badannya terasa lesu dan pernah beberapa kali meracau serta bertukar menjadi murung. Badannya juga sakit dan paling teruk, sering bermimpi bukan-bukan termasuk hamil dan mendukung bayi.
Katanya, selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam, barulah dia mengetahui semua itu berpunca terkena sihir pelalau yang dititipkan kepadanya melalui makanan. Ia angkara rakan karibnya yang juga menyimpan perasaan dendam kepadanya. Semua berpunca daripada kisah 12 tahun lalu, apabila rakannya dalam diam cemburukan Azizah yang sentiasa disenangi hampir semua rakan lelaki.
Jiwa kacau
Apa yang terjadi kepada Azizah bukanlah perkara pelik, malah ia tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa saja. Pelalau adalah satu istilah dalam ilmu kebatinan Melayu yang membabitkan sihir.
Kesan daripada sihir itu akan menyebabkan terkunci nafsu atau tabiat seseorang berubah menjadi pendiam, tidak aktif, murung, menyendiri dan ada yang bertindak di luar kebiasaan, akibat daripada tekanan jiwa ataupun akibat sihir pelalau, atau kerana kedua-duanya.
Selain pelalau kunci nafsu kahwin, sihir jenis ini juga boleh menyebabkan jodoh tidak kesampaian. Inilah yang berlaku kepada Azizah tanpa disedarinya.
Menurut ulama, perkataan sihir dari segi bahasa bererti terdapatnya sesuatu yang amat halus sedang bersembunyi dan kehadirannya tidak dapat dikesan dengan pancaindera.
Takrifan sebahagian ulama pula mendakwa sihir merujuk kepada azimat, pelbagai jampi mentera dan simpulan tali yang dapat memberikan kesan yang nyata kepada jiwa, akal dan badan seseorang.
Biarpun kemajuan teknologi semakin menghiasi muka bumi, kecanggihannya masih tidak dapat mengesan punca penyakit atau gerak laku individu terkena sihir.
Sebagai contoh, seseorang menderita kesakitan, namun diagnosis doktor mendapati tiada masalah kerosakan atau kegagalan saraf pada diri pesakit. Begitu juga, mungkin isteri tiba-tiba benci kepada suami tanpa sebarang perkelahian atau perselisihan pendapat antara mereka.
Sihir juga boleh menyebabkan seseorang menderita sakit pada bahagian tertentu badan atau seluruh badan atau menyebabkan anggota tertentu menjadi lumpuh tanpa sebab yang jelas.
Antara sihir yang kerap ditemui dalam masyarakat kita adalah sihir pelalau, santau dan pukau.
Liat jodoh
Sihir boleh menyebabkan seseorang tidak waras atau membuatkan fikirannya celaru, boleh menimbulkan rasa cinta berahi atau benci tanpa sebab yang jelas serta membuatkan badan sakit.
Pastinya, apabila bercerita mengenai sihir penyekat atau penghalang jodoh yang lebih dikenali pelalau dalam kalangan masyarakat bukan perkara luar biasa di telinga.
Menjelas lanjut mengenai sihir ta'tiluz zawaj, Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (Kiswah), Hayat Abdul Rahman, berkata kesan daripada masalah itu, individu tidak bertemu jodoh sehingga usia lanjut atau sampai ke hujung nyawa, bergantung sama ada terkena gangguan atau tidak.
Soal jodoh sememangnya kuasa Allah. Kelewatan bertemu jodoh boleh juga disebabkan gangguan jin atau sihir yang dihantar baik menerusi bantuan makhluk halus atau sebaliknya secara santau, jelasnya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Sihir penyekat jodoh
Hayat berkata, sihir penyekat jodoh boleh berlaku kerana munculnya hasad dengki dalam kalangan saudara, pasangan atau sesiapa saja apabila pujaan hati tidak dapat dimiliki atau menolak lamaran dikemukakan.
Sihir pelalau membuatkan seseorang berat hati untuk menerima cinta baru dan boleh menjadikan seseorang itu hilang perasaan terhadap jantina berlainan.
Allah menjadikan fitrah kita untuk menyukai jantina berlainan. Sihir ini juga mampu menutup hati wanita dan buka kepada sesama jenis berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Sihir penghalang jodoh ini juga membuatkan wanita menolak lamaran sama ada kerana kehadiran jin Asyik yang menutup pintu hati untuk meneruskan perasaan cinta terhadap manusia atau jin yang dihantar oleh tukang sihir, katanya.
Rasa benci mula timbul
Kehadiran sihir mampu mengubah sikap dan keinginan seseorang hingga mereka tutup hati sepenuhnya terhadap persekitaran dan untuk menerima lelaki dalam hidupnya.
Hayat berkata, individu dikenakan sihir pelalau, lazimnya akan hilang rasa kasih mereka kepada pasangan, malah melihat pasangan seakan sesuatu dibenci dan ada juga berubah nafsu hingga mereka memilih untuk berkongsi kasih dengan sejenis.
Berdasarkan pengalaman dikongsi pesakit, tanpa mereka sedar perasaan sayang yang dicurahkan kepada pasangan mereka berubah benci, malahan melihat cinta hati seakan haiwan dan hodoh.
Sihir itu juga menjadikan mereka cenderung melupakan perkara sunat iaitu berkahwin dan memilih memberi fokus kepada kerjaya dan kehidupan sendiri.
Bahkan, ada yang mengalami gangguan ketika majlis akad nikah dan ada juga mengamuk pada detik itu hingga hubungan sedia ada putus.
Cara rawatan
Bahana yang dicetuskan sihir terlalu besar dan merugikan di akhirat nanti. Justeru, kita semua mesti menjauhi sihir yang membawa kepada syirik dan sentiasa bersandar dan meletakkan harapan sepenuhnya kepada Allah dalam merungkaikan apa saja masalah membelenggu diri.
Katanya, jika mula terasa wujudnya perasaan pelik dalam setiap perhubungan yang terputus biarpun puas cuba untuk menerima pasangan, individu disaran mengambil langkah mencari penyelesaian menggunakan perkhidmatan pakar perubatan Islam.
Memang sukar untuk mengetahui sama ada kita terkena sihir atau sebaliknya. Tapi jika dengan berkat keizinan Allah dan usaha pesakit sendiri, Insya-Allah sihir boleh disingkirkan dari tubuh.
Antara tanda yang boleh diteliti adalah mimpi melihat haiwan liar dan berbisa, melihat bayi dan api serta ketap gigi. Tanda itu juga boleh dirasai ketika sedar termasuk sakit tulang empat kerat, sakit belikat, ketumbuhan, sawan dan gelisah mendengar ayat al Quran, sebaiknya cari penawar, katanya.
Rawatan jika terkena sihir pelalau
* Jika ada pembabitan jin, hendaklah dirawat dengan Ruqyah Syarriyah terlebih dulu.
* Mendengar ayat al*Quran dibaca ketika dirawat, minum dan mandi dengan air Ruqyah.
* Jika sudah suci daripada sebarang gangguan jin, bolehlah amalkan tiga hingga tujuh kali selepas solat iaitu Surah ar Rum ayat 21 dan fahamkan maknanya.
Amalkan:
* Ayat Pembatal sihir pelalau
* Al Fatihah
* Ayatul Kursiy 255 Surah al Baqarah.
* Al A'raf 117*122 (Kisah pengajaran: Kisah Nabi Musa as dan taubat ahli sihir Firaun)
* Yunus 81-82 (Kisah pengajaran: Kisah Nabi Musa as, Allah memusnahkan usaha jahat ahli sihir)
* Toha 69 (Penekanan bahawa segala tipu daya tukang sihir tidak akan berjaya)
* Tiga Qul atau al Muawwizat serta selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
~ Metro