Diet vs senaman
Dua faktor utama dalam usaha mengurangkan berat badan adalah diet dan senaman. Tetapi bolehkah peranan ini hanya dengan menggunakan salah satu faktor ini?
Ramai orang suka memilih laluan mudah yang mereka percaya iaitu diet. Tetapi apabila anda melihat betapa lemahnya statistik untuk jangka panjang penurunan berat badan melalui diet saja, anda perlu mempertimbangkan gabungan kedua-duanya.
Biasanya, hanya kira-kira lima peratus daripada mereka yang mengamalkan diet berjaya mengekalkan berat badan. Pada kebiasaannya satu pertiga daripada berat badan akan kembali semula dalam tempoh satu tahun dan hampir semua akan kembali semula dalam masa tiga hingga lima tahun.
Bagaimana berat badan turun
Mekanisme penurunan berat badan mudah. Ini merangkumi konsep yang dipanggil imbangan tenaga. Apabila anda membakar lebih banyak kalori daripada anda ambil, berat badan akan turun.
Oleh itu, untuk menurunkan berat badan, anda perlu membakar lebih banyak kalori dan mengurangkan pengambilan kalori. Gabungan kedua-dua kaedah ini adalah cara terbaik menurunkan berat badan dan memperbaiki kesihatan anda.
Kajian menunjukkan kombinasi senaman dan diet adalah lebih berkesan daripada pemakanan saja. Selain itu, pemakanan hanya membantu menurunkan berat badan, bersenam yang meningkatkan metabolisme dan kecergasan fizikal anda.
Bersedia dan mula
Menggabungkan diet dan senaman boleh menjadi sukar apabila anda cuba mengurangkan kalori. Ini penting untuk memastikan apa yang anda makan cukup supaya mempunyai tenaga bagi menjalani rutin senaman, tetapi tidak begitu banyak sehingga membuatkan badan anda kembali menambah berat badan anda.
Anda harus menetapkan matlamat yang realistik dan terurus untuk gaya hidup dan tahap kecergasan anda.
Matlamat yang terlalu agresif sering membawa kepada kegagalan dan kekecewaan. Diet anda haruslah terdiri daripada pilihan makanan rendah lemak dan mengurangkan jumlah kalori secara sederhana. Cuba mengurangkan bahagian makanan anda dengan kira-kira 10 hingga 15 peratus.
Cuba untuk menjadi konsisten sepanjang minggu, bukan diet yang lebih tertumpu pada hari-hari tertentu saja. Dengan senaman dan aktiviti, orang yang berjaya mengurangkan berat badan secara konsisten pada kebiasaannya akan bersenam secara purata satu jam atau lebih setiap hari.
Senaman dalam tempoh yang panjang biasanya diperlukan untuk menurunkan berat badan dan mencegah berat naik semula. Walau bagaimanapun, ini mungkin terlalu banyak untuk anda yang baru saja hendak bermula.
Jadi mula secara perlahan-lahan dengan meningkatkan tempoh aktiviti anda sebanyak 10 minit setiap minggu. Sebagai contoh, meningkatkan masa berjalan anda daripada 25 minit pada minggu pertama hingga 35 minit minggu berikut.
Sentiasa kekal bermotivasi
Mengubah diet dan tabiat bersenam membabitkan anjakan gaya hidup anda, tetapi untuk mengekalkan perubahan gaya hidup ini adalah cabaran sebenar. Ramai orang menurunkan berat badan, tetapi hanya segelintir berjaya mengekalkannya.
Kejayaan ini didorong pengubahsuaian gaya hidup yang dibuat untuk menurunkan berat badan perlu menjadi tabiat. Keadaan ini adalah perkara biasa untuk mendapat kembali beberapa kilogram selepas penurunan berat badan awal anda.
Pemantauan yang kerap ke atas berat badan perlu untuk memastikan diri anda tidak kembali kepada berat badan asal. Perlu diingatkan bahawa semakin lama anda menjaga berat badan, tugas anda menjadi lebih mudah.
Untuk mengekalkan penurunan berat badan, mestilah menjadi satu proses yang perlahan, dicadangkan kadar penurunan pada sekitar tiga hingga empat kilogram sebulan.
Kekal fokus serta berorientasikan matlamat jelas dan tahu bahawa penurunan berat badan adalah tidak mustahil. Yakin boleh, anda pasti berjaya
Tip penurunan berat
* Tingkatkan pengambilan serat dapat membantu melawan kolesterol.
* Pilihlah ayam atau ikan daripada daging merah
* Bersenam dapat mengurangkan tekanan serta menjadi lebih cergas
* Elakkan minuman berkarbonat untuk menjaga tulang anda.
Oleh Mohd Hoesni Rahmat