Home » » Zombi Kilang Biskut Sinopsis + Official Trailer Zombi Kilang Biskut

Zombi Kilang Biskut Sinopsis + Official Trailer Zombi Kilang Biskut

Sinopsis Zombi Kilang Biskut

Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai ‘supervisor’ atau penyelia selepas di­isytiharkan muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura.

Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit.

Keadaan menjadi tegang apabila mereka terperangkap dalam kilang itu apabila polis meng­isytiharkan darurat di seluruh Taiping. Dalam masa yang sama seorang demi seorang pekerja kilang itu hilang dan ada yang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan.

Zombi Kilang Biskut Sinopsis

Apabila disiasat, Husin mendapati semua kejadian itu berpunca daripada serangan zombi yang berkeliaran di kawasan stor kilang berkenaan. Dia seterusnya mendapati kilang itu sebenarnya membekalkan dadah jenis ecstasy tetapi proses pembuatan dadah itu menjadikan penagih bertukar menjadi zombi.

Namun masalah timbul ketika Husin bersama rakannya berusaha memusnahkan kumpulan zombi itu dengan menang­kap ketua kumpulan pengedar dadah itu.

Filem komedi 2014 Zombi Kilang Biskut  dibintangi pelakon Awie, Usop Wilcha, Shuk SYJ, Man Kadir, Dalimawati, Eina Azman, Dayana Roza, Soffi Jikan, Zainuri Misfar,  Ilya dan ramai lagi.

Zombi Kilang Biskut juga adalah filem pertama diterbitkan syarikat milik Mamat, Enjit Enjit Semut Sdn Bhd dengan bajet RM1.9 juta.
Official Trailer Zombi Kilang Biskut
 )



 
Chatroom