Home » » Menang Tiket Konsert Double Trouble

Menang Tiket Konsert Double Trouble

Album Double Trouble dulu pernah menggabungkan dua gergasi rock terkemuka tanah air, Search dan Wings. Album itu memberikan makna sangat mendalam kepada kerjaya mereka kerana bukan saja mencatat jualan melebihi 180,000 unit, malah membawa mereka beraksi di pentas yang hebat.

Kini selepas 12 tahun, Search dan Wings kembali mengha-ngatkan pentas melalui Konsert Double Trouble yang akan diadakan di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur pada 1 Mei, jam 8.30 malam.

Walaupun masing-masing berhadapan masalah kesihatan seperti Amy sepatutnya menjalani pembedahan urat saraf pada 24 Mac lalu dan pemain drama Search, Yazid Ahmad menjalani pembedahan buah pinggang, ia tidak pernah melemahkan semangat mereka untuk beraksi.


Amy berkata, dia bersama Yazid, Nasir Daud (bass) dan Hillary Ang (gitar), nekad memberikan persembahan terbaik nanti.


Masing-masing akan menyampaikan lagu hit mereka dan Search akan mendendangkan lagu nostalgia seperti Isabella dan Fenomena.


Awie bersama anggota Wings, Abdul Zamin Abdul Kadir (Joe), Samsaidi Ulong Idris (Eddy) dan Azmi Hashim (Black) pula sedang giat menjalani latihan bagi memantapkan stamina.


Wings bakal menggegarkan pentas dengan lagu seperti Teori Domino, Pentas Opera, Peronda Jaket Biru, Sejati, Taman Rashidah Utama, Bernafas Dalam Lumpur dan Di Ambang Wati.


Sebagai bonus, Wings akan menyampaikan dua lagu lama yang bernada tinggi iaitu Mabuk Tujuh Lautan dan Gema Inderaloka.



Tiket konsert itu yang berharga RM70 masih boleh dibeli menerusi www.1malaysiaticket.
com atau www.ticket2u.biz atau di lokasi sekitar Lembah Klang dan Selangor iaitu pejabat Ticket2u, Wangsa Melawati, Viva Sports Sdn Bhd, Kompleks Pertama, Triways KLCC dan Taman Tun Dr Ismail, Sri Amera di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Pasar Awam Presint 16, Putrajaya, Kelab Sukan DBKL, Brickfields dan HTO de Futsal, Subang Jaya.

Sempena konsert itu, Harian Metro turut menganjurkan kuiz mudah Double Trouble yang memberi peluang kepada peminat untuk memenangi sejumlah pas percuma menonton konsert itu. Cepat, jangan lepaskan peluang. Hantarkan penyertaan dengan segera sebelum 28 April ini.



 
Chatroom