Home » » Senaman buang lemak warga emas

Senaman buang lemak warga emas

Senaman abdominal crunch adalah rutin ringkas yang tidak memerlukan mesin senaman. Apa yang diperlukan hanyalah tikar senaman sebagai alas.


Senaman seperti ini bukan saja dapat mengurangkan lemak pada bahagian abdomen, malah boleh menguatkan otot di bahagian terbabit serta membantu organ seperti hati, buah pinggang, pankreas dan perut untuk berfungsi dengan lebih baik. Otot abdomen yang mantap juga membantu pergerakan teras badan dan kaki serta menjadi sokongan dan pelindung kepada organ dalaman.

Menguatkan otot abdomen melalui senaman abdomen yang betul dapat melegakan kesakitan bahagian bawah belakang badan atau masalah yang berkait dengannya seperti yang sering dialami warga emas.

Justeru, penting bagi seseorang warga emas yang ingin melakukan senaman ini mempelajari teknik abdominal crunch yang betul.

Ikuti maklumat senaman yang dikongsi jurulatih kecergasan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Mohamad Izham Mohlis dan demonstrasi yang ditunjukkan Lim Chin Guan.

1. Baring atas tikar senaman dan lipatkan lutut seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Letakkan kedua-dua tangan di belakang tengkuk atau disilangkan di atas dada.

2. Pastikan bahagian bawah belakang badan anda rata di atas permukaan tikar senaman.

3. Secara perlahan-lahan, beri tekanan kepada bahagian abdominal. Angkat tulang belikat anda kira-kira satu atau dua inci (2.54 sentimeter atau 5.08 sentimeter) daripada pemukaan tikar senaman.

4. Hembus nafas ketika anda mengangkat badan dan pastikan leher anda lurus serta dagu diangkat ke atas sedikit.

5. Kekal dalam posisi badan di atas untuk beberapa saat. Selepas itu, perlahan-lahan turunkan badan ke posisi permulaan.

6. Ulang pergerakan ini dalam bilangan lapan hingga 12 kali, dalam tiga set. Di antara setiap set, ambil masa seminit atau dua minit untuk berehat.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!


Oleh Diyanah Anuar



 
Chatroom