Home » » Sinopsis Teatar Upin & Ipin The Musical , Istana Budaya, April 2012

Sinopsis Teatar Upin & Ipin The Musical , Istana Budaya, April 2012

Pementasan Upin & Ipin The Musical di Istana Budaya, April tahun 2012.

Sinopsis Upin & Ipin The Musical
Upin & Ipin The Musical mengisahkan kehidupan kembar anak yatim piatu iaitu Upin & Ipin di Kampung Durian Runtuh. Mereka yang tinggal bersama kakak mereka, Kak Ros dan Opah belajar di Tadika Mesra yang turut disertai Jarjit, Mei-Mei, Ehsan, Mail, Fizi dan rakan0rakan yang lain.

Sebagai rakan baik, mereka selalu membaca dan bermain bersama-sama. Setiap kali membaca mereka telah membayangkan isi kandungan di dalam buku tersebut. Justeru, sebagai kanak-kanak mereka sering berimaginasi berada di setiap tempat dan kejadian yang ditulis di dalam buku tersebut.

Ketika mengayuh basikal, mereka membayangkan yang mereka sedang menaiki kapal angkasa dan melalui pengalaman hebat ketika berada di bulan.


Begitu juga apabila hujan turun tanpa henti, Upin dan Ipin telah membuat kapal kertas. Mereka berimaginasi menjadi pahlawan Melayu lama iaitu Hang Tuah yang bertarung dengan lanun di lautan bagi menyelamatkan rakan-rakan mereka. Mereka juga telah bertemu dengan orang asli ketika ekspedisi mencari harta karun dalam hutan tebal.

Pelbagai kejadian aneh yang terpaksa mereka lalui sepanjang pengembaraan tersebut yang menguji kesetiaan persahabatan serta kecerdikan akal mereka.

Teater ini menggabungkan dunia angkasa lepas, lautan dan belantara serta menampilkan pelbagai kehidupan flora dan fauna yang terdapat di tempat-tempat tersebut.

Upin & Ipin The Musical bakal diarahkan oleh pengarah dan penulis skrip terkenal, Zaifri Husin dan dibantu Datuk Suhaimi Mohd Zain selaku Pengarah Muzik dan A.Airis Kadir sebagai Koreografer.



Affiliates

 
Chatroom