Home » » » Atasi masalah rambut beruban di usia muda

Atasi masalah rambut beruban di usia muda

Rambut beruban di usia muda

Keturunan adalah punca utama terjadinya masalah tumbuh uban ketika usia muda. Kalau ada ahli keluarga sama ada ayah atau emak yang mempunyai uban sewaktu muda, kebarangkalian anak-anak untuk beruban juga tinggi.

Gen yang berpengaruh dalam tubuh badan seseorang itu akan menyebabkan tumbuhnya uban lalu menyebabkan rambut yang hitam bertukar keputihan. Ramai yang alami kini dan membuatkan mereka rasa bimbang keadaan itu.

Kekurangan vitamin B juga adalah punca kepada tumbuhnya uban pada rambut kerana vitamin B adalah sumber penting kepada kesihatan rambut manusia terutama buat mereka yang masih muda.

Kurangnya vitamin B dalam tubuh badan, akan menyebabkan terjadinya pigmen pada rambut mereka. Kepentingan vitamin B juga dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh badan, membantu penyerapan lemak dalam usus dan membantu dalam kestabilan metabolisme badan.

Bagi mengatasi masalah rambut beruban ini, remaja boleh mengambil banyak makanan seperti beras merah, kuning telur, susu, jantung dan hati ayam, gandum dan kacang hijau untuk menambahkan vitamin B dalam badan terutamanya kepada kesihatan rambut.

Merokok juga penyebab kepada rambut beruban dengan cepat kerana kandungan nikotin di dalam darah yang cenderung menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.

Stres atau tekanan perasaan juga boleh menyebabkan uban tumbuh. Tekanan menyebabkan vitamin B berkurangan dalam badan, sekali gus menyebabkan uban tumbuh. Namun jangan terlalu bimbang kerana keadaan itu akan kembali normal semula jika tahap stres anda dapat dikawal dengan baik.

Kini terdapat banyak produk pewarna rambut dan syampu di pasaran yang tidak menggunakan bahan yang betul dan baik untuk kesihatan rambut. Jika tidak tahu bahan yang digunakan, jangan sesekali mencuba produk itu dan berhati-hati memilih syampu yang sesuai.

Apabila pewarna rambut ini kerap digunakan akan meresap ke dalam pigmen rambut dan menyebabkan uban akan mudah tumbuh dan jangan sesekali menggunakan sembarangan produk tanpa memikirkan baik buruknya di kemudian hari.

Ada juga remaja kini yang sangat malas untuk mencuci rambut dan tidak menggunakan syampu. Ada pula sabun badan digunakan untuk rambut? Bahan yang digunakan dalam sabun mandi dan syampu berbeza dan sabun tidak sesuai digunakan untuk mencuci rambut. Sila ingat dan faham!

Perkara ini sering terjadi kepada kebanyakan remaja lelaki yang memang malas menjaga rambut. Apabila rambut beruban, nak salahkan siapa? Bila tumbuh uban baru menyesal dan kecoh nak buat rawatan rambut yang menelan belanja yang agak mahal.

Terdapat banyak petua yang boleh remaja gunakan bagi mengatasi masalah ini. Seperti menggunakan air kelapa tua dan sapukan perlahan-lahan ke kulit kepala supaya ia meresap kepada kulit dan memberikan semula pemulihan yang berkesan dengan cepat. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu.

Penggunaan inai untuk mewarnakan rambut yang putih digalakkan kerana produk di luar belum tentu halal dan ada ketikanya tidak boleh digunakan untuk bersolat.

Remaja di luar janganlah terlalu tertekan kerana penyembuhan rambut daripada uban ini memerlukan masa untuk pulih, hadapi masalah ini dengan tenang.

Harus diingatkan supaya tidak mencabut uban yang tubuh melata di rambut, kerana ­penulis pernah terbaca petua orang tua-tua dulu, kalau tumbuh uban jangan dicabut ­kerana uban akan lebih banyak tumbuh. Lebih ­menakutkan lagi akan mengalami masalah rambut botak kerana kerap mencabut uban yang gatal.

6 cara atasi masalah rambut beruban di usia muda

1. Mencegah stres

Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.

2. Menjaga kebersihan kulit kepala

Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. Penggunaan syampu anti penuaan dan limau purut mampu mengatasi masalah rambut beruban.

3. Corak pemakanan yang sihat

Malnutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan ini menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut. Cuba aturkan pola pemakanan yang baik dan seimbang supaya dapat mencegah masalah rambut beruban ini dengan cepat.

4. Keperluan zat besi

Tubuh badan manusia memerlukan zat besi yang tinggi dan apabila kurangnya zat besi akan munculnya uban pada rambut. Zat besi membantu memberikan zat warna pada rambut lalu rambut akan tumbuh dengan subur dan kehitaman. Makanan yang seperti sayur bayam dan buah lemon membantu anda mendapatkan kandungan zat besi yang tinggi dalam badan.

5. Rawatan yang teratur

Tidak perlu ke salun kecantikan rambut untuk mendapatkan rawatan ini kerana dengan rawatan sendiri juga mampu mencegah rambut daripada penuaan. Usap campuran labu dan minyak kelapa pada rambut sekurang-kurangnya lebih satu jam pada rambut kemudian bilas. Lakukan secara teratur agar dapat mencegah terjadinya tumbuh uban pada rambut anda.

6. Rahsia penggunaan daun kari pada rambut
Orang India menggunakan daun kari untuk menjaga keindahan rambut mereka. Sebab itu bila kita lihat rambut masyarakat India tumbuh dengan sihat dan hitam bersinar. Gosokkan rambut dengan beberapa helaian daun kari dan campurkan sedikit dengan air suam lalu sapukan daun itu ke rambut anda akan dapat hasilnya yang memuaskan. Selamat mencuba!



 
Chatroom