Home » » Panduan kurangkan pemakanan gula

Panduan kurangkan pemakanan gula

Panduan Menjaga Kesihatan

Seringkali kita menggambarkan gula sebagai gula pasir atau gula merah yang dijual di kedai-kedai.

Hakikatnya, gula juga terdapat dalam gula mentah, madu, sirap jagung dan sirap pekat. Dari segi kimia, gula boleh hadir dalam bentuk glukosa, sukrosa, dektrosa, laktosa, fruktosa dan maltosa. Gula pasir terdiri daripada 100 peratus sukrosa.

Secara semula jadinya, gula wujud secara semula jadi dalam beberapa jenis makanan, contohnya buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu.

Tip Kurangkan Gula

Sebaliknya, gula yang hadir secara tersembunyi yang ditambah pada makanan semasa memproses dan menyediakan makanan di rumah. Contohnya, minuman kordial, minuman bergas, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional.

Gula terhasil dari proses makanan berkarbohidrat di dalam badan. Ini bermakna kita tidak memerlukan gula tambahan.

Terdapat dua masalah kesihatan utama akibat pengambilan gula berlebihan seperti:

Menyebabkan kegemukan. Kegemukan merupakan satu risiko yang berkait rapat dengan diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.

Menyebabkan terjadinya karies gigi (kerosakan gigi). Setiap kali anda meminum atau memakan makanan yang mengandungi gula, bakteria yang terdapat pada permukaan gigi anda akan menggunakan gula ini untuk menghasilkan asid. Jika dibiarkan, asid ini akan merosakkan gigi anda.

Keperluan gula dalam sehari

Secara purata sebanyak 24 sudu teh (120 gram) gula termasuklah gula tersembunyi diambil sehari oleh setiap individu di Malaysia. Ini adalah 2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan.

Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuklah gula yang ditambah atau tersembunyi.

Kandungan gula dalam makanan

Jenis makanan/minuman Gula (sudu/teh)

* Minuman bergas (tin 435ml) 9
* Sepotong pai epal (200 gram) 9
* Kordial (segelas) 5
* Minuman kotak (285 ml) 5
* Aiskrim (satu skop) 4
* Jem (sesudu makan) 3
* Bijirin sarapan manis (secawan) 3
* Kuih koci (50 gram) 2
* Kuih seri muka (50 gram) 1
* Biskut berkrim (sekeping) 1

Panduan kurangkan gula

* Kurangkan memakan makanan manis seperti kek, biskut, aiskrim, coklat, kuih-muih dan bijirin bersira.

* Lebihkan meminum minuman air kosong, kurangkan pengambilan minuman manis atau bergas.

* Kurangkan atau elakkan terus penggunaan gula dalam minuman kopi atau teh.

* Kurangkan gula dalam resipi anda. Contohnya, kandungan gula dalam resipi kek boleh dikurangkan sehingga separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualiti.

* Baca label pada produk. Pilih produk dengan kandungan gula yang lebih rendah atau mempunyai label tanpa gula tambahan.

* Makan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Sekiranya membeli buah-buahan dalam tin, pilihlah buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semula jadi. Elakkan buah-buahan yang ditinkan dalam sirap pekat.

* Telitilah kandungan gula pada label produk kerana terdapat pelbagai nama gula pada label makanan seperti glukosa, sukrosa, dektrosa, maltosa, madu, sirap jagung dan sirap pekat.

* Produk yang mengandungi nama-nama gula ini pada labelnya menunjukkan terdapatnya gula tambahan. Berhati-hati apabila anda membuat pilihan.



Affiliates

 
Chatroom