Home » » Obesiti: Makanan tinggi lemak, karbohidrat lebih bahaya

Obesiti: Makanan tinggi lemak, karbohidrat lebih bahaya

MEREKA yang obes menghadapi risiko kerosakan selular yang lebih tinggi dan berpanjangan daripada golongan biasa jika mengambil makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat.

Dr. Paresh Dandona dan rakan-rakannya dari Pusat Kesihatan Kaleida di Buffalo, New York mendedahkan golongan obes mengalami pengoksidaan dan pembengkakan selular yang lebih tinggi hasil metabolisme makanan berlemak atau banyak karbohidrat.

Pengoksidaan dan pembengkakan sel ini berlaku apabila kandungan hasil sampingan metabolisme seperti bahan radikal bebas melangkaui kemampuan badan untuk meneutralkannya.

Tekanan pengoksidaan dan pembengkakan pada badan turut meningkatkan risiko aterosklerosis (pengerasan salur darah), serangan jantung dan strok.

Dalam kajian berasingan, kumpulan penyelidik Dandona mendapati pengambilan banyak buah dan makanan tinggi serat berjaya mengelakkan tekanan pengoksidaan dan kebengkakan kepada badan walaupun dalam jumlah kalori yang sama banyak.

Dandona menegaskan penemuan ini menjadi bukti kukuh untuk orang ramai mengurangkan pengambilan makanan dengan lemak dan karbohidrat tinggi terutamanya dalam makanan segera dan memilih untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.



0 Komen:

Catat Komen

 
Chatroom