Home » » Kapsul halia atasi obesiti

Kapsul halia atasi obesiti

Dunia Herbs Sales & Marketing (Dunia Herbs), syarikat Bumiputera yang terbabit dalam produk pemakanan kesihatan, mencatat sejarah menghasilkan kapsul pati halia Nightriem dan kapsul Mustajab Perawan.

Kedua-dua kapsul yang berasaskan pati halia itu mendapat sambutan baik pengguna.

Pengurus Besar Dunia Herbs, Rusdi Abdullah, berkata melihat masalah obesiti atau kegemukan melampau di kalangan orang ramai mencetus idea menghasilkan formula itu.

“Produk itu juga merawat masalah selulit terutama perut kembung.

“Kapsul ini bertindak membuang angin dan toksid dalam badan dengan kesan lebih cepat,” katanya.

Rushdi berkata, timbunan lemak di bawah kulit terutama perut dan usus mendedahkan kepada serangan penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan buah pinggang.

“Justeru, Nightriem membantu menghalang penyerapan lemak, menghilangkan perut buncit di samping mengurangkan berat badan berlebihan.

“Produk ini mendapat pengiktirafan Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Sementara itu, Mustajab Perawan membantu membaik pulih kadar hormon di samping meningkat estrogen dalam badan.

“Kapsul yang dirumus dengan enam herba terpilih iaitu kacip fatimah, gambir, halia, kunyit, lada hitam dan jemuju amat sesuai bagi kebahagian suami isteri.

“Selain menegang dan menghaluskan struktur kulit, ia turut mencerahkan serta meratakan warna seseorang.

“Bagi mereka yang mahukan payudara lebih padat, punggung lebih pejal, inilah kapsul yang anda perlu ambil,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Dunia Herbs, anda boleh datang ke No 4-1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-4023 2440 atau 019-6164 082 atau laman web: duniaherbs@yahoo.com



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom