Awal tahun adalah masa untuk merancang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2009. Mungkin ada yang mahukan kelainan daripada tahun-tahun lepas atau sesuatu yang menyeronok atau memeranjatkan untuk keluarga.
Salah satu aktiviti yang wajib pada semua orang ialah bercuti. Bagaimanapun, ia perlu dirancang kerana melibatkan kewangan, cuti, pengangkutan dan lokasi sama ada resort, hotel atau hanya balik ke kampung.
Turut diambil kira ialah perjalanan yang diambil sama ada jauh atau dekat kerana yang menyertainya bukan sahaja orang dewasa tetapi kanak-kanak yang diketahui umum akan mudah merasa penat dan lapar dalam perjalanan.
Sehubungan itu, sebelum memulakan perjalanan jauh, ibu bapa perlu memastikan perut anak tidak berkeroncong kerana ini akan menyebabkan mereka cepat meragam atau membuat hal sehingga perjalanan itu tidak menyeronokkan.
Bagi si kecil yang berusia satu hingga dua tahun, bawalah bekalan snek yang cukup selain susu formula dan bijirin kerana mereka memerlukan makanan lebih kerap.
Antara makanan yang sesuai untuk mereka ialah sandwic, biskut, kek, mufin dan buah-buahan seperti pisang, oren, jambu dan kismis kerana kaya dengan vitamin dan serat.
Sementara itu, bagi yang mempunyai anak yang lebih besar dan remaja, bekalan pelbagai jenis makanan akan membuatkan perut mereka sentiasa terisi sepanjang perjalanan dan tidak akan terasa jauhnya tempat dituju.
Letakkan di tempat yang mudah diambil supaya anda dan anak-anak boleh mencapainya ketika lapar.
Jika anda membawa snek buatan sendiri, pastikan ia diletakkan di dalam bungkusan atau bekas yang boleh ditutup semula untuk kemudahan.
Sediakan makanan kegemaran anak-anak anda dan bawa bersama buah-buahan serta sayur-sayuran sebagai kudapan.
Makanan kegemaran membuat anak-anak anda berasa selesa manakala makanan berkhasiat pula baik untuk semua.
Bawa sekali bekalan air minuman yang mencukupi. Elakkan sirap ros atau minuman berkarbonat ketika berhenti di kawsan rehat. Sebaliknya pilihlah minuman berkhasiat seperti Milo yang membekalkan tenaga dan khasiat yang diperlukan oleh badan.
Asyik menjaga bekalan anak, jangan lupa bekalan untuk anda dan suami. Bawalah susu kacang soya yang rendah lemak dan mengandungi kalsium yang baik untuk tulang dan gigi.
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan