Tahun baru yang tiba membuka lembaran episod baru dalam kehidupan kita umat manusia. Siang dan malam silih berganti tanpa jemu melengkapkan peredaran sehingga cukup setahun tidak kira tahun Hijrah dan Masihi.
Umat manusia menggaru kepala memikirkan kenapa begitu cepat masa berlalu sedangkan baru beberapa kerja dilakukan, baru beberapa agenda dilaksanakan dan kenapa masa berputar sebegitu pantas.
Anak di Palestin terus menghitung hari bila agaknya mereka merdeka kerana setiap hari sentiasa mendengar dentuman bom serta desiran peluru yang tidak bermata oleh Yahudi dan Amerika. Anak muda Malaysia meraikan kedatangan tahun baru dengan konsert serta pelbagai hiburan.
Tahun baru Hijrah dan Masihi tiba membawa seribu erti kepada umat Islam yang mengerti erti sebuah kehidupan diredai Allah. Peristiwa Hijrah disambut saban tahun mengajak seluruh umat Islam bermuhasabah dan memperbaiki diri untuk mendapat reda Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran." (Surah al-Asr)
Surah itu membawa kita meneliti setiap perincian detik waktu dilalui sama ada diisi perkara sia-sia atau dengan jalan yang diredai Allah. Apabila melihat situasi di Malaysia, muhasabah sering diabaikan terutama di kalangan anak muda apabila tibanya tahun baru apatah lagi tahun baru Hijrah.
Tidak ramai yang tahu makna atau pengertian Hijrah dan alangkah sedihnya melihat perkembangan itu. Kisah penghijrahan Nabi Muhammad yang diulang setiap kali tibanya 1 Muharam adalah titik tolak kepada perkembangan Islam di seluruh dunia hingga hari ini.
Peristiwa Hijrah yang sudah dilalui 1430 tahun ini seharusnya menyedarkan umat Islam untuk menterjemahkan pengertian hijrah dalam kehidupan mereka supaya tahun baru sentiasa menjadi peristiwa penting.
Sewajarnya tahun baru Hijrah menjadi detik merenung kembali perjalanan dilalui setahun berlalu dan menilai kembali aspek yang perlu dipertingkatkan serta perkara harus ditinggalkan untuk lahir sebagai umat Islam memiliki keperibadian cemerlang.
Sambutan tahun baru digalakkan diisi dengan memohon ampun kepada kepada Allah atas dosa lampau supaya Allah membuka pintu taubat-Nya kepada hamba-Nya yang salih. Ibadah juga perlu diperbanyakkan kerana insan unggul adalah lebih baik peribadi dan ibadahnya dari masa lalu. Nilai ibadah perlu dipertingkatkan supaya rohani jasmani senantiasa hampir dengan Allah.
Bacaan Yasin yang dianjurkan sempena Awal Muharam perlu diperhebatkan untuk merapatkan silaturahim serta memartabatkan syiar Islam. Program kesyukuran sambutan tahun baru perlu diperbanyakkan supaya masyarakat dapat menginsafi diri.
Adalah lebih baik sambutan tahun baru sama ada tahun baru Hijrah atau Masihi padat dengan pengisian yang boleh menyentuh hati umat Islam untuk berhijrah ke arah kehidupan lebih baik. Khususnya, tahun baru Masihi yang dibudayakan sekarang dengan jeritan serta program hiburan.
Bukan menghalang rakyat khasnya anak muda meraikan tahun baru dalam suasana gembira tetapi apa yang berlaku lebih kepada aktiviti menjurus pelanggaran syariat apabila lelaki dan perempuan berkumpul tanpa had waktu atas alasan meraikan tahun baru.
Sambutan yang menjadi tradisi boleh diubah dengan program lebih bermakna jika pihak berkuasa bersungguh-sungguh ingin melakukan perubahan atau penghijrahan ke arah masa depan lebih baik untuk rakyat serta negara.
Begitu juga ibu bapa, bertanggungjawab membimbing anak menanti datangnya tahun baru melalui pengawasan yang jelas, bukan membiarkan anak membuat sesuka hati atas alasan untuk mereka meraikan tahun baru seperti orang lain.
Semua pihak harus berganding bahu bersama-sama memperkukuhkan sambutan tahun baru ini dengan program dan majlis berfaedah yang bukannya berpaksikan hiburan semata-mata. Muhasabah diri perlulah menjadi teras program supaya masyarakat mengerti sebuah kehidupan yang bermakna.
Seluruh rakyat Malaysia haruslah menyemai nilai moral dan modal insan yang tinggi supaya seluruh dunia memandang bahawa rakyat negara ini adalah bangsa bertamadun tinggi dan perlu diteladani.
Oleh Zulzaidi Mahmod
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
2 Komen:
Happy New Year!
Happy blogoversary!
Happy Anniversary Blog
greetings from Argentina!
Catat Ulasan